Jika dahulu, cara untuk membuat pulut kuning agak sukar sedikit. Seperti kena rendam semalaman, ada yang lembik atau hangit. Tapi ini, ada cara mudah untuk masak pulut ni iaitu hanya dengan menggunakan periuk nasi elektrik atau rice cooker. Memang confirm tak hangit dan lebih cepat siap! Jom ikuti perkongsian cara masak pulut kuning guna rice cooker daripada Nazra Queen ini.
Cara Masak Pulut Kuning Guna Rice Cooker
Bahan-bahan:
- Beras pulut
- Kunyit
- Garam
- Gula
- Minyak masa
- Santan
- Daun pandan
Cara-cara:
- Basuh 300g beras pulut & toskan air.
- Masukkan 1 sudu kecik serbuk kunyit, 1/2 sudu kecik garam, 2 sudu makan gula
dan 2 sudu makan minyak masak. - Masukkan air sehingga paras pulut. Potong daun pandan & masukkan ke dalam periuk bersama beras pulut.
- Masak menggunakan rice cooker. Macam masak nasi tu. Selepas 10 minit akan jadi macam ni.
- Kacau-kacau pulut tu.
- Kemudian, masukkan santan daripada 1/2 biji kelapa (anggaran 200ml-250ml) sambil dikacau sehingga sebati.
- Apabila pulut nampak agak basah, berhenti masukkan santan dan tak perlu habiskan semua santan tu. Biarkan 5 minit supaya pulut menyerap santan.
- Switch on rice cooker lagi sekali. Tekan warm sahaja. Biarkan pulut masak & berkilat lebih kurang 10 minit.
- Siap! Bolehlah hidang bersama kari ayam atau sambal tumis.
Kredit resepi: Nazra Queen