Nasi goreng ni special kerana ianya mempunyai elemen khas yang wajib kita letak iaitu ikan bilis, sayur kangkung dan pedasnya adalah datang hanya dari cili api. Itu adalah 3 bahan asas yang kena ada kalau nak masak Nasi Goreng Kampung.

Bahan-bahan tumbuk halus:

  • 4 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang merah
  • Sedikit ikan bilis
  • Secubit belacan
  • 6-7 biji cili api merah dan hijau

Bahan-bahan lain:

  • Sedikit minyak masak
  • ½ mangkuk kecil ikan bilis
  • ½ mangkuk kecil hirisan isi ayam
  • 5 ekor udang
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 biji telur
  • 1 ketul kiub ikan bilis
  • ½ sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1 ikat sayur kangkong
  • 6-7 senduk nasi sejuk
  • Sedikit gula, untuk seimbangkan kan rasa

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak, tumiskan bahan tumbuk halus sehingga naik bau.
  2. Masukkanisi ayam, udang, sos tiram. Masak seketika.
  3. Masukkan batang kangkung yang dipotong. Kemudian masukkan nasi dan kacau sehingga sebati. Selepas itu buat lubang di tengah nasi goreng dan masukkan telur. Biar telur masak seketika dan hancurkan sebelum dikacau sebati bersama nasi goreng.
  4. Masukkan daun kangkung, serbuk lada sulah garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga nasi sebati dan garing.
  5. Taburkan dengan ikan bilis goreng sebelum hidang.

Selamat mencuba !!!

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 6 times!)