Kebanyakan rakyat Malaysia sendiri pasti ramai yang menyukai makanan Korea seperti nasi goreng kimchi. Antara makanan yang selalu dimakan adalah kimchi. Makanan mereka bukan sahaja terkenal di Malaysia namun di negara-negara lain juga amat meminati makanan mereka.
Makanan yang selalu dimakan berasaskan kimchi termasuklah nasi goreng kimchi. Rasa kimchi itu sendiri yang mempunyai rasa pedas dan masin menjadi kegemaran rakyat Malaysia.
Hidangan Popular Nasi Goreng Kimchi Menjadi Kegemaran Ramai, Jom Nikmati Resipi Olahan Sendiri. Dijamin Cepat & Sedap!
Saudari Ibnatie-Aziza Mat Roff telah berkongsi resipi bagaimana untuk membuat nasi goreng kimchi yang sedap, tetapi cepat dan mudah.
Bahan-bahan
- 2 cawan nasi
- 1 cawan kimchi yang sudah dicincang
- ½ biji bawang holland | cincang halus
- 2 ulas bawang putih | cincang halus
- 1 pokok daun bawang | hiris nipis
- 1 keping seaweed disalai & dihancurkan
- Ayam cincang (optional)
- 1 sudu besar ghocujang
- 1 sudu besar gochugaru/ serbuk cili
- 1 sudu besar sos tiram
- Minyak bijan
- Garam & gula
Cara penyediaan
- Panaskan kuali. Panaskan 2 sudu besar minyak bijan. Masukkan kimchi dan tumis sebentar.
- Masukkan ayam dan gaul sebati. Kemudian masukkan ghocujang, gochugaru, sos tiram. Perasakan dengan garam & gula.
- Masukkan nasi dan gaul sebati. Akhir sekali taburkan flake seaweed sebelum dihidang bersama telur mata kerbau separuh masak.
- Untuk gambar ini saya buat UFO Kimchi fried rice. Siap je goreng nasi, saya pecahkan sebiji telur dan bancuh. Panaskan pan lain dengan sedikit minyak.
- Tuang bancuhan telur tadi dan letak nasi goreng di tengah-tengah. Letak 1 slice cheese dan tutup sebentar dengan penutup untuk cairkan cheese. Pastikan api perlahan.
Tadaaa! Siap sudah nasi goreng kimchi yang ditunggu-tunggu. Resipi kali ini adalah resipi asli dan dijamin kesedapannya sehingga menjilat jari. Jangan menyesal siapa yang belum cuba resipi nasi goreng ni. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua.
Selamat menjamu selera!
Sumber: Ibnatie-Aziza Mat Roff
Baca juga: Resipi Bubur Krong Krang, Pemanis Mulut Thailand Jarang Didengar & Hanya Menggunakan Tepung Ubi Kayu Sahaja