Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Masak Nasi Goreng Udang & Telur Guna Bahan Rahsia, Gerenti Menjadi!

Cara Masak Nasi Goreng Udang & Telur Guna Bahan Rahsia, Gerenti Menjadi!

Kategori:

Nasi Goreng Udang dan Telur buat kat rumah lagi syok. Dimasak dengan udang segar, sayur kesukaan, telur dan nasi memang confirm tak makan luar dah. Homemade forever orang kata!

Cara nak nasi goreng sedap macam kat restoran adalah kena guna nasi semalaman. Bukan tu je, wajib guna bahan rahsia iaitu minyak bijan. Kalau tak ada, tolong beli cepat-cepat tau.

Resepi kali ni memang sedap sangat. Korang akan suka rasa lembut udang dalam nasi dan akan jadi favourite menu kat rumah! No need to takeout masak je kat rumah.

Resepi Nasi Goreng Udang & Telur Menu Favourite

Bahan-bahan:

  • 12-15 ekor udang
  • 3 biji bawang putih
  • 1 biji bawang kuning
  • 1 cawan sayur campuran
  • 2 biji telur
  • 3 cawan nasi putih sejuk (leftover)
  • 5 sudu besar kicap cair
  • 3 sudu besar sos tiram
  • Minyak bijan secukup rasa
  • Lada putih secukup rasa
  • Garam secukup rasa

Cara Penyediaan Nasi Goreng Udang:

  1. Dalam kuali, panaskan minyak dan goreng udang sehingga separuh masak. Ketepikan.
  2. Dalam kuali yang sama, masukkan bawang putih, bawang kuning, dan tumis sehingga wangi.
  3. Masukkan sayur campuran dan goreng seketika. Tolak sayur ke tepi kuali dan masukkan telur. Hancurkan telur.
  4. Masukkan nasi putih leftover dan gaul.
  5. Masukkan kicap cair, sos tiram, minyak bijan, lada putih dan garam. Gaul sehingga rata.
  6. Nasi goreng udang dan telur sudah pun siap untuk dinikmati!

Resepi lain yang menarik: Cara Masak Nasi Goreng Tomyam Pedas & Padu, Siap Dengan Resepi Scrambled Eggs!

tags: