Kalau di utara terkenal dengan nasi kandar, dan Melaka dengan asam pedasnya. Selain dari asam pedas, satu lagi menu istimewa di Melaka ini adalah nasi gunting. Kedai ini yang terletak di MI-38 Kompleks Pasar Besar Melaka Sentral.
Keistimewaan nasi gunting ini seakan-akan nasi kandar. Nasi yang dibanjirkan dengan kuah, daging dan perut lembu digunting-gunting kecil dan ditaruk telur masin, timun dan cili hijau. Nasi Gunting ini dijual dari awal pagi hingga jam 11 pagi sahaja. Pada hujung minggu pula, selalunya hidangan nasi gunting ini habis awal, iaitu lebih kurang seawal jam 9.30 pagi lagi.
Sumber: Hypp Inspirasi