Nasi jagung ialah nasi putih yang dicampurkan dengan jagung yang sudah dikopek. Ia biasanya dimakan sebagai pelengkap sumber karbohidrat. Ia boleh mengatasi masalah selera makan yang menurun. Terutamanya kanak-kanak yang sangat susah makan nasi putih kerana warna nasi jagung yang kekuningan membangkitkan selera makan kanak-kanak. Ia juga boleh dihidangkan bersama lauk. Kali ini saya ingin kongsikan resepi nasi jagung yang dibuat oleh Dhalia’s Kitchen.
NASI JAGUNG DAHLIA’S KITCHEN
*bahan2 yg di tunjukkan dibawah ini adalah untuk 3 leng/cawan beras basmathi
Bahan-bahan tumis
2 Sudu Besar Makan Minyak Gee
2 Senduk Minyak Jagung
2 Biji Bawang Besar ( dihiris dan digoreng hingga layu dan kemudian masukkan bahan bahan kisar ) serta masukkan 3 helai daun pandan (diikat)
*Optional- 1 Genggam Kacang Gajus, direndam seketika, pastu dikisar, campurkan selepas masukkan susu cair. Kalau ada anggota keluarga yg mengidap penyakit Gout atau yg Alergi dgn kekacang, diharap jgn letakkan Kacang Gajus ini.
Cara-cara memasak
Panaskan satu senduk minyak sapi dan minyak jagung
Masukkan bawang besar, daun pandan dan rempah
Kemudian masukan bahan blend biarkan sehingga garing dan masukkan air
Masukan gula batu untuk nasi berkilat dan cantik, masukan garam dan daun ketumbar
Masukkan susu cair tunggu sehingga gelegak dan masukkan beraas yang sudah di rendam, kemudian masukkan jagung