Walaupun hanya terletak di tingkat bawah flat kos rendah di Kampung Melayu, Air Itam di sini, restoran Nasi Kandar Kampong Melayu memang tidak putus-putus dikunjungi pelanggan.

Perniagaan nasi kandar yang beroperasi sejak 1970 ini sentiasa memikat hati pelanggan samada dari dalam negara mahupun luar negara. Keenakannya memang tiada tandingan dan terbaik.

Ia dapat dibuktikan dengan kesanggupan pelanggan beratur panjang terutamanya pada cuti hujung minggu semata-mata untuk menikmati keenakan nasi kandar tersebut.

Restoran ini menggunakan resepi turun-temurun daripada ahli keluarganya sendiri serta restoran ini dibuka seawal pukul 6 pagi hingga 1 tengah hari pada setiap hari.

Di samping itu, restoran ini juga menyediakan pelbagai pilihan makanan termasuk ayam ros, kari ayam, kari kepala ikan, rendang daging, bendi rebus dan roti canai. Hidangan yang paling istimewa di sini ialah daging.

Malah tidak ketinggalan, dengan harga yang ditawarkan juga berbaloi dan amat berpatutan.

Nasi Kandar Kampong Melayu

Tonton video di bawah ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang tempat ini:

Sumber: Hypp Inspirasi

(This post has been visited 2 times!)