Nasi Kandar merupakan salah satu hidangan yang sangat terkenal di Malaysia dan sering didapati di Utara seperti Kedah dan Pulau Pinang. Dahulu jika ke sana tanpa menikmatinya pasti tidak lengkap rasanya. Namun kini pasti di setiap negeri akan ada kedai-kedai yang menjual nasi kandar ini.
Berkenaan dengan nasi kandar ini, terbaharu viral sebuah video yang dimuat naik oleh afiomhmd berkenaan dengan nasi kandar. Video tersebut bukan sahaja viral di Malaysia malah juga turut viral di Indonesia. Bagi rakyat Malaysia yang menonton video berkenaan, mereka pastinya terliur.
@afiomhmd Bawang Goreng Tabur!!! #nasikandarmelayuniman #nasikandar #kotabharu #kelantan
@afiomhmdBawang Goreng Tabur!!! ##nasikandarmelayuniman ##nasikandar ##kotabharu ##kelantan♬ Bilang Pa Mama Mantu Remix – Wallzz.19
Namun lain pula yang berlaku kepada rakyat Indonesia, kerana nyatanya mereka sangat terkejut apabila melihat nasi kandar yang dipenuhi dan dicampurkan dengan pelbagai jenis kuah itu. Mungkin ia bukan satu kebiasaan bagi orang Indonesia.
Oleh hal yang demikian nasi kandar ini merupakan satu hidangan yang menyeramkan untuk mereka. Rata-rata daripada mereka berasa takut memikirkan kuahnya yang penuh itu. Bukan itu sahaja ada yang tertanya-tanya apakah rasanya apabila kuah yang pelbagai aneka itu dicampur.
Tidak kurang juga ada yang mengatakan banyak kolesterol memandangkan nasi kandar ini dipenuhi dengan kuah. Namun apa yang menarik perhatian adalah jawapan daripada Afio ini. Pengusaha nasi kandar sempat membalas komen dari Indonesia ini dengan bahasa Kelantan sungguh melucukan.
Buat penggemar nasi kandar, pasti anda terliur melihat hidangan dalam video berkenaan bukan? Jika anda berada di Kelantan, jangan lupa untuk singgah menikmatinya di kedai Nasi Kandar Iman Kota Bharu ini. Ramai yang cakap nasi kandarnya padu dan menyelerakan.
Kredit: TikTok afio86
Baca juga: Resepi Nasi Kandar Ala Deen Maju, Pasti Suami Puji Melangit!