Seperti yang sedia maklum, nasi lemak biasanya akan dihidangkan dengan ikan bilis berserta sambal. Ditambah dengan timun dan kacang sebagai penyedap rasa sememangnya membuatkan nasi lemak menjadi kegemaran kebanyakan rakyat Malaysia.
Lain pula dengan pengalaman seorang pelanggan ini apabila mendapati kuda laut sebagai lauk nasi lemak yang dibelinya di sebuah kedai.
Mengikut hantaran yang dimuatnaik di Facebook, dia dengan nama Angkol menyatakan bahawa dia agak terkejut apabila menjumpai lauk kuda laut sedemikian di dalam nasi lemaknya.
“Terkejut kawan breakfast awal pagi tadi, first time dapat makan nasi lemak uniqon,” katanya dalam hantaran tersebut.
Jika merujuk gambar yang ditunjukkan, lauk kuda laut itu mendapat kekeliruan dengan ikan bilis.
Ia membentuk seperti ikan bilis yang digoreng, tetapi jika diamati, ia memang tidak ubah seperti kuda laut.
Meninjau ke ruangan komen, ramai yang menyatakan bahawa lauk tersebut amat ‘rare’ dan pelbagai komen dilontarkan oleh netizen terhadap lauk kuda laut berkenaan.
Sumber: Angkol
Baca juga: Datuk Aliff Syukri Jual Jeruk Mangga Raih Pujian Netizen, Tak Penat Kerja Walau Dah Kaya