Mungkin sudah ramai yang tahu cara naka masak nasi lemak kan. Ini merupakan salah satu resepi Nasi Lemak Pandan Dahlia’s Kitchen yang boleh anda ikuti.
Biasalah kan, lain-lain versi kan. Mana tahu dapat memikat selera anda semua.
Resipi Nasi Lemak Hijau aka Pandan Dahlia’s Kitchen
Bahan-Bahan:
- Beras ( sukatan masing masing )
- Santan ( dicampur air dan ikut sukatan beras )
- 1 Batang Serai Diketuk
- 5 Ulas Bawang Putih Diketuk
- Garam Secukup Rasa
- Pandan Paste
Cara-caranya adalah:
- Bersihkan beras. Masukkan santan, serai, bawang putih, garam secukup rasa, dan pandan paste.
- Kacau, masak atas api hingga mendidih.
- Setelah itu, masak atas periuk elektrik. Tunggu dan masak sebentar.
- Selepas 10 minit, kacau sedikit.
- Sedia untuk disajikan bersama sambal tumis ikan bilis atau ayam masak merah, telur rebus, serta timun.
Selamat mencuba dan semoga berjaya.
Selanjutnya, tonton video di bawah untuk mengetahui langkah-langkah penyediaan Nasi Lemak Pandan:
Kredit: Dahlia’s Kitchen