Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » “Ikan Bilis Mahal Dah Kak..”, Beli Nasi Lemak Tapi Tiada Ikan Bilis Buat Wanita Ini Tertanya-Tanya

“Ikan Bilis Mahal Dah Kak..”, Beli Nasi Lemak Tapi Tiada Ikan Bilis Buat Wanita Ini Tertanya-Tanya

Kategori:
nasi lemak tanpa ikan bilis

Nasi Lemak merupakan antara hidangan yang sangat popular dalam masyarakat kita. Bukan sahaja di Malaysia malah nasi ini juga turut popular di negara luar. Nasi yang terdiri dari nasi yang berlemak, sambal, bilis, kacang, telur dan timun batang ini sering dijadikan menu makan pagi oleh kebanyakan penduduk yang tinggal di pantai timur.

Nak membuat nasi lemak ini tidaklah sesuatu yang mudah dan bukanlah sesuatu yang susah. Namun kebanyakan dari kita, lebih-lebih lagi yang berkerjaya pastinya lebih selesa membeli di luar berbanding membuat sendiri. Walaupun begitu, setiap makanan yang dibeli dari luar pastinya ada perbezaan dengan apa yang kita masak.

Lebih-lebih lagi sekarang ini banyak barangan mentah yang naik harga dan secara automatik para peniaga juga turut menaikkan harga makanan yang dijual. Jika tidak menaikkan harga sekalipun pasti mereka akan mengurangkan kuantiti makanan tersebut. Nyatanya keterpaksaan ini membuatkan orang ramai tidak berpuas hati kerana ada segelintir peniaga mengambil kesempatan.

Nasi Lemak RM2 langsung tiada ikan bilis

Sehinggakan kebelakangan ini, banyak kedengaran cerita-cerita mengenai sesetengah peniaga yang tiada hati perut menjual makanan kerana mengejar keuntungan yang lumayan. Seperti mana yang dikongsikan oleh seorang wanita menerusi sebuah group di Facebook berkenaan dengan nasi yang dibelinya tiada ikan bilis.

Ekoran itu, ianya membuatkan wanita ini tertanya-tanya apakah sekarang ini nasi lemak memang tiada ikan bilis. Menerusi perkongsian tersebut, dapat dilihat nasi tersebut hanya terdiri dengan hirisan telur rebus, kacang dan juga dua keping timun batang. Menurut wanita ini lagi, harga bagi nasi tersebut hanyalah RM2 satu bungkus.

Kisahnya pagi ni datang kemalasan nak masak sarapan. Memang dah lama sebenarnya tak membeli sarapan di luar. Terbeli nasi lemak pagi ni RM2 sebungkuss. Memang sekarang nasi lemak dah tiadaa ikan bilis yek. 

Dia nak cut cost..

Perkongsian tersebut nyatanya telah mendapat perhatian ramai. Malah orang ramai juga turut memberikan pelbagai pendapat dan reaksi. Ada yang mengatakan peniaga tersebut ingin cut kos dan ada juga yang meminta buat sendiri. Dalam masa yang sama ada juga yang sempat berkongsi situasi yang hampir sama.

Ikan bilis mahal..

Ada juga yang meninggalkan komen mengatakan sekarang ini kebanyakan peniaga nasi lemak tak nak pakai ikan bilis kerana harganya mahal. Di samping itu, ada juga yang merungut soal nasi lemak yang diletakkan ajinomoto dan pandan sahaja.

Namun jika dilihat kembali, tidak hairan dan tidak menjadi masalah jikalau tiada ikan bilis. Memandangkan nasi tersebut berharga RM2 sahaja satu bungkus. Tetapi nasi lemak tanpa ikan bilis tidak terasa nikmatnya.

 

tags: | |