Nasi Lemak adalah makanan yang sering menjadi sebutan oleh warga Malaysia. Ia adalah nasi yang dimasak bersama dengan santan dan dimasukkan daun pandan bagi memberikan keharuman pada nasi. Ikan bilis, kacang tanah, telur rebus serta sambal yang beraneka jenis melengkapkan rasa kesedapan nasi lemak tersebut. Dah baca pun terliur kan? Jadi kami nak bagitahu pasal gerai nasi lemak di USJ 14 yang sering dikunjungi oleh pelanggan. Ini kerana pemiliknya sangat lah perfectionist dan cara dia menyusun atur segala lauk atau bahan nasi lemak amatlah memuaskan.
Seperti yang kita ketahui, selama bertahun-tahun, timbul bermacam-macam Nasi Lemak. Daripada Nasi Lemak biasa yang dibungkus dalam daun pisang sehinggalah kepada Nasi Lemak Ayam Goreng, Nasi Lemak Rendang dan banyak lagi. Sesungguhnya ia adalah perubahan yang sesuai mengikut masa semasa.
Walaupun semuanya nampak sama, iaitu Nasi Lemak tetapi ini kali pertama kami melihat gerai Nasi Lemak yang sangat kemas. Setiap bahan disusun dengan sangat teratur termasuklah kepingan timun, telur goreng dan juga ayam goreng. Gerai Nasi Lemak ini mendapat perhatian di Twitter selepas @HilfaAkmal menyiarkannya. Tweet tersebut mendapat lebih daripada 25,000 Retweets.
Sumber rujukan : KL Foodie