Akhir-akhir ini, hidangan lamb shank sememangnya menjadi buah mulut orang ramai. Ada yang sudah mencuba dan ada yang masih tidak ada rezeki dan kelapangan waktu untuk menikmatinya. Steak bahagian lamb shank adalah potongan daging bahagian kaki. Dagingnya mempunyai otot yang paling pejal dan mempunyai bahagian urat yang agak liat.
Masakannya mengambil masa yang lama dan panjang untuk merebus supaya teksturnya betul-betul sedap dan lembut.
Sebut mengenai Lamb Shank, sememangnya Nasi Pakistan Lamb Shank di Batu Pahat, Johor ini menjadi sebutan orang ramai. Perkongsian video dari Daily Makan mengenai Lamb Shank di laman TikTok tular apabila netizen dan orang ramai melihat kelazatan lamb shank ini sendiri.
Cuba try Nasi Pakistan yang tengah viral kat Batu Pahat ni. Lamb Shank yang sangat lembut dagingnya. Kalau tengok memang ramai orang beratur dan rata-ratanya sanggup datang dari jauh.
Melalui daripada video berkenaan ini juga, memang ramai beratur hingga ke luar kedai panjangnya. Dengan kuah pekatnya yang dihidangkan di dalam clay pot, terbuktilah ia memang menjadi pujaan ramai. Digandingkan pula dengan Nasi Pakistan yang sedap rempahnya.
Melihat ruangan komen, ramai yang berkongsi pengalaman dan hajat mereka untuk merasai lamb shank Nasi Pakistan ini sendiri. Pelbagai reaksi yang dilontarkan oleh netizen. Rata-rata memang terliur melihat pihak Daily Makan berkongsi pengalaman makan di sini.
“Terima kasih Daily Makan pernah post pasal nasi saya dulu,” kata seorang netizen di ruangan komen.
“Inilah kuasa viral. Lamb Shank Pakistan mesti kita kena rasa. Kalau tak menyesal,” kata Jeffrimohdtuha yang memberi komen
Peringatan! Nasi Pakistan Lamb Shank hanya ada pada hari Jumaat, Sabtu & Ahad sahaja. Jadi, untuk korang yang nak pergi try rasa lamb shank ni, bolehlah berkunjung ke sana dan rasai sendiri kenikmatannya.
Anda juga boleh mengikuti TikTok Daily Makan untuk ketahui banyak kedai makan menarik yang kami kongsikan.
@dailymakan Cuba try Nasi Pakistan yang tengah viral kat Batu Pahat ni🤤 Lamb Shank yang sangat lembut dagingnya. Kalau tengok ramai beratur dan rata-ratanya sanggup datang dari jauh😋 Peringatan! Lamb Shank hanya ada pada hari Jumaat, Sabtu & Ahad sahaja. 📍Nasi Pakistan No 1, 29, Jalan Gunung Soga, Kampung Kaki Bukit, 83000 Batu Pahat Johor. ⏰ 9.15AM – 4PM ❌Khamis #fyp #supportsmallbiz #lambshank #nasipakistanbatupahat #sedap #daging
@dailymakan Cuba try Nasi Pakistan yang tengah viral kat Batu Pahat ni🤤 Lamb Shank yang sangat lembut dagingnya. Kalau tengok ramai beratur dan rata-ratanya sanggup datang dari jauh😋 Peringatan! Lamb Shank hanya ada pada hari Jumaat, Sabtu & Ahad sahaja. 📍Nasi Pakistan No 1, 29, Jalan Gunung Soga, Kampung Kaki Bukit, 83000 Batu Pahat Johor. ⏰ 9.15AM – 4PM ❌Khamis #fyp #supportsmallbiz #lambshank #nasipakistanbatupahat #sedap #daging ♬ original sound – Daily Makan
📍Nasi Pakistan No 1, 29, Jalan Gunung Soga, Kampung Kaki Bukit, 83000 Batu Pahat Johor.
⏰ 9.15AM – 4PM ❌Khamis
Sumber: Daily Makan