Restoran Raos ini terletak di Pandan Indah, Menara Mpaj, Ampang. Restoran Raos ini menyediakan makanan tradisi indonesia iaitu Nasi Pelangi. Perkataan Raos ini berasal daripada bahasa sunda yang bermaksud sedap. Oleh itu, makanan di Restoran Raos ini dijamin sedap.

Nasi Pelangi ini mempunyai tiga jenis warna iaitu biru, kuning dan putih. Justeru itu, ia dinamakan nasi pelangi. Di sini nasi pelangi dihidangkan bersama ayam goreng, tauhu, tempe, telur goreng dan sambal. Nama lain bagi nasi pelangi ini adalah nasi tumpeng.

Di sini juga terdapat Ayam Penyet, Nasi Ayam, dan pelbagai masakan panas.

Waktu operasi bagi Restoran ini adalah:

  • Isnin – Jumaat – 10 pagi hingga 6 petang
  • Sabtu – 11 pagi hingga 4 petang

Tonton video di bawah ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tempat ini:

Kredit: Hypp Inspirasi

(This post has been visited 4 times!)