Setiap orang menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan. Realitinya, tak semua orang mempunyai kehidupan yang mewah dan senang. Malah, sesetengah orang terpaksa bergelut semata-mata untuk mencari makan.
Di seluruh dunia, kehidupan yang miskin dan susah mencabar semua orang untuk mencari jalan untuk meneruskan hidup. Seperti apa yang berlaku di negara terdekat, Filipina, kebanyakkan rakyatnya miskin terpaksa ke tong sampah untuk mencari sisa makanan untuk dijual.
Meskipun bagi kita ianya merupakan perkara yang menjijikan, ini lah realiti sedih yang ramai tidak tahu. Perkara ini didedahkan di Youtube oleh channel Asian Boss di mana mereka telah menemu bual salah seorang penjual ‘sampah celup tepung’ yang dikenali sebagai pagpag.
(Sisa makanan dikutip untuk digoreng dan dijual; Pagpag)
Dikenali sebagai Mama Rosita, dia telah menjual pagpag selama bertahun-tahun. Pagpag merupakan sisa makanan, selalunya daging atau ayam yang dikutip di tong sampah. Kemudian, ianya dicuci, dimasak dan dijual pada orang ramai.
Menurutnya, sisa makanan perlu dikutip dari tong sampah seawal jam 3 pagi bagi memastikan ianya masih lagi elok dan segar untuk dimasak.
Meskipun menjual pagpag salah disisi undang-undang kerana kebanyakkan penjual akan menyembur bahan toksin untuk mengelakkan belatung, Mama Rosita masih lagi menjualnya kerana dia selalu memastikan sisa makanan yang dikutip dicuci dengan bersih dan elok sebelum digoreng.
Dibantu oleh seorang lelaki, Mama Rosita menjual pagpag dengan harga PHP 30.5 (RM 2.5) sahaja. Dengan pendapatan 16 ringgit sehari, dia bagaimanapun merasakan perkerjaan ini penting untuk meneruskan hidupnya.
Walaupun sampah dan salah untuk melanggari undang-undang, Mama Rosita tidak pernah mendapat apa-apa aduan mengenai makanan yang dijual olehnya. Tambahnya, ada juga polis yang memuji makanannya semasa mereka meronda kawasan tersebut.
Mama Rosita juga tidak keberatan untuk kongsikan video ini untuk beri kesedaran pada orang ramai. Ini lah yang terpaksa dihadapi oleh mereka yang kurang bernasib baik sepertinya.
Membaca kisahnya, kita tidak dapat bayangkan betapa sukarnya kehidupan bagi sesetangah individu yang hidup kias pagi makan pagi, kais petang makan petang. Bersyukurlah dengan hidup kita yang lebih senang berbanding mereka dan hargai apa yang kita ada.
(Malah, kanak-kanak turut mengutip sisa makanan untuk dijual)
Kredit: Youtube Asian Boss
Baca Juga: Peniaga Terpaksa Naikkan Harga Makanan Jika Harga Minyak Masak Terus Naik