Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Netizen ‘Lelong’ Gardenia RM699. Ada ke yang sanggup beli?

Netizen ‘Lelong’ Gardenia RM699. Ada ke yang sanggup beli?

Kategori: ,

AYER KEROH – Susulan Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd sudah membuat pengumumam tidak dapat meningkatkan bekalan produknya dalam pasaran kerana kilangnya sudah mencapai tahap maksimum. Hal tersebut telah mendapat perhatian warganet dalam Twitter.

Ekoran pengumuman itu, penggemar roti gardenia kecewa kerana sukar mendapatkan bekalan roti tersebut di pasar raya dan kedai runcit sejak minggu lalu.

Bagaimanapun, masalah kekurangan bekalan roti yang sinonim sebagai makanan ruji rakyat malaysia, beberapa warganet membuat tweet yang menghiburkan hati.

Di laman sosial, pelayar Twitter @rizarul memuat naik tweet membuat ‘lelongan’ sebuku roti Gardenia dengan harga RM699.

Dia menjelaskan roti itu masih ada ‘bau kedai’ dan tarikh luput pada 27 Mac serta sesiapa berminat boleh COD (Cash On Delivery) di bandar Melaka.

Memahami ia adalah gurauan, warga twitter yang lain turut ‘menjual’ roti Gardenia mereka kepada @rizarul dan netizen yang lain. Ada juga yang juga yang tawar-menawar harga sehingga perbualan itu menjadi rancak.

“RM599 boleh tak, dah miskin sejak digugurkan dari bantuan sara hidup,” tulis @Sara dan dibalas @rizarul dengan meletakkan harga mati RM600.

@eiffkamal pula menulis, “Baru orang Semenanjung tahukan bila Gardenia dah rare.” manakala ujar @najwanoor memberitahu, “Sebelum ni gelakkan orang Borneo kan sebab tidak dapat makan Gardenia, sekarang rasakan kifarahnya… hahaa,”.

Sumber rujukan : Sinar Harian

tags: