Semua orang masih rindukan zaman persekolahan mereka. Kerana pada waktu itulah kita tidak perlu berfikir langsung dengan komitmen sebagai seorang dewasa. Tapi, hidup harus diteruskan kerana masa bergerak laju dan kita semakin tua dan berusia.
Wanita ini kongsikan kisah kehidupan seharian beliau sebagai kakak kantin dan netizen mula mengimbau kembali kenangan mereka semasa membeli di kantin sekolah.
Kakak kantin sekolah ini atau dikenali sebagai kantinbymr.melting di laman media sosial TikTok beliau. Makanan yang disediakan oleh kakak kantin ini kelihatan sedap dan lain dari yang lain.
Netizen mula memberi komen bahawa dulu hanya bawa 50 sen sahaja untuk beli bermacam makanan pada tahun 90an.
Banyak jenis makanan yang dijual oleh kantin sekolah agama di Kapar ini dan tak pernah terfikir bahawa makanan seperti ini boleh dijual di sekolah.
Antara makanan yang dijual adalah, roti goreng, laksa, mash potato meatball, nugget, sosej, nasi goreng dan banyak lagi. Semestinyalah, makanan kantin sekolah murah sahaja dan semua pelajar mampu untuk membelinya.
Mana netizen tidak teruja kerana makanan yang dihidangkan oleh kakak kantin sekolah ini semua kelihatan sedap-sedap belaka.
Selain itu, kita dapat lihat bagaimana kakak kantin ini menjaga kebersihan kantin sekolah ini dan nampak kemas dan pelajar sekolah pun gembira ingin makan di kantin itu.
Meninjau di ruangan komen, yang bersemangat komen adalah netizen kerana mereka mengatakan bahawa pelajar sekolah ini beruntung dapat makanan seperti di restoran.
“Teringat masa kecil-kecil, ibu ayah jaga kantin. Kami adik-beradik ronda satu sekolah.”, komen netizen bernama Ema mengatakan semasa kecil, beliau suka berjalan-jalan bersama adik-beradiknya dan melihat suasana sekolah.
Beruntung anak anak pelajar sekolah ini kerana menyediakan makanan yang enak-enak dan menjaga kebersihan kantin ini dengan baik.
Kredit: kantinbymr.melting