Semua orang tahu bahawa baru-baru ini tular satu video. Dimana seorang influencer ini memarahi pelanggan di kedai makanan akibat menjeling kepada anaknya yang membuat bising.
Namun begitu, selepas mendapat kecaman yang hebat dari para netizen. Influencer viral tersebut telah buang video tersebut kerana tidak mahu kes diperbesarkan lagi. Walaubagaimanapun, nasi telah menjadi bubur dan ramai yang membuat video parodi dengan memerli influencer tersebut.
Video parodi tersebut dimuatnaik oleh nurhayatitahirr_ yang merupakan juga seorang influencer di Malaysia. Netizen terhibur dan tergelak dengan video tersebut kerana cara perlinya tidak perlu letak nama si pelaku tetapi mereka dapat meneka siapa.
Mungkin ini adalah cara yang sesuai untuk mengingati antara satu sama lain.
Melalui video tersebut juga, beliau hanya menunjukkan jelingan sahaja. Pelanggan terus bergerak keluar kerana takut dimarahi oleh beliau.
Sehinggakan, tuan kedai sendiri terpaksa meninggalkan kedai tersebut akibat jelingan beliau berikan.
Tapi cuba kita tengok dari sudut yang berbeza, mungkin influencer yang viral baru-baru ini terlampau geram dengan pelanggan di kedai makan tersebut. Kita tiada di tempat beliau, dan tidak boleh membuat andaian masing-masing.
Jadi, mungkin beliau ada alasannya tersendiri.
@nurhayatitahirr_ Bila nampak anak orang menangis,tak reti bungkus makan dkt rumah ke ?Dah pusing 360 darjah baru masing2 nak lari ui 😡
@nurhayatitahirr_Bila nampak anak orang menangis,tak reti bungkus makan dkt rumah ke ?Dah pusing 360 darjah baru masing2 nak lari ui 😡♬ original sound – Nurhayatitahirr
Meninjau di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan cara video parodi yang dihasilkan oleh nurhayatitahir ini.
“Perli another level ni.”, komen Eyka mengatakan bahawa cara perlian beliau telah membuat netizen tahu siapa ditujukan.
Jadi, sebagai seorang ibu bapa haruslah pandai awasi anak-anak dalam apa jua keadaan kerana kita hidup di dalam komuniti yang berfikiran berbeza. Risau jika orang lain memandang pelik kepada kita, dan seharusnya kita tunjukkan contoh yang baik kepada mereka.
Selain itu, sebagai netizen juga haruslah berjaga-jaga dalam berkata-kata kerana risau jika terkena pada diri kita pula nanti.
Kredit: nurhayatitahirr_