Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » “Bukan Salah Akak..”, Niat Wanita Ini Untuk Buat Minuman Sarsi Tak Jadi, Punca Dari Kicap Jalen Rupanya

“Bukan Salah Akak..”, Niat Wanita Ini Untuk Buat Minuman Sarsi Tak Jadi, Punca Dari Kicap Jalen Rupanya

Kategori:
MINUMAN SARSI

Jenama Jalen sudah terkenal dengan aneka sos, terutamanya kicap. Bagi segelintir individu, ia merupakan jenama pilihan mereka dan kalau boleh, setiap barangan dan sos perlulah dari jenama tersebut.

Selain dari sos, Jalen juga mengeluarkan produk lain yang mungkin ramai tidak tahu seperti minuman kordial. Antaranya adalah perisa ros, anggur, barli, laici, sarsi dan sebagainya.

Sekali lihat memang botol dan pakej minuman kordial itu kelihatan sangat sama dengan sos-sos dari Jalen. Jika tak berhati-hati, nanti boleh tertukar pula.

Niat Wanita Ini Untuk Buat Minuman Sarsi Tak Jadi, Salahkan Jalen Pula

Terbaharu, seorang wanita berniat untuk menyediakan minuman sarsi buat kawan-kawan sekelas di dapur. Ketika sedang menyediakannya, dia menyedari sesuatu yang tidak kena.

Melihat pada minuman yang telah dibancuh di dalam periuk besi di dapur dan kordial minuman yang digunakan, dia terkejut apabila mendapati bahawa dia rupanya telah tersalah guna kicap pekat. MINUMAN SARSI

Tak sesuai untuk diminum, dia terpaksa membuang minuman yang telah dibancuh itu. Sambil itu, dia juga menyalahkan jenama Jalen kerana membuat pakej minuman kordial itu sama dengan pakej kicap manis itu. MINUMAN SARSI MINUMAN SARSI

@nadhirahzlee Kenapa dia buat botol sama astaga😭🫠 #fyp #takdakicapjalentaksedaptuan ♬ bunyi asal – Harris Mat Rasid

Menjengah di ruangan komen pula, orang ramai terhibur melihat perkara itu. Ada juga yang tidak menyalahkan wanita itu, ini kerana mereka berasakan hal itu merupakan kesalahan pihak Jalen kerana menyediakan produk yang begitu sama sehingga pengguna pun boleh tertukar.

“Bukan Salah Akak Pun..” MINUMAN SARSI

Ada juga yang berkongsi pengalaman lucu bila terkena perkara yang sama. Niat nak masak tapi bila tersalah guna sos, terus tak jadi.

Ramai Juga Pernah Terkena Perkara Sama MINUMAN SARSI

Sedihnya bila kita sudah gigih di dapur menyediakan minuman tapi hal sebegini pula yang terjadi. Sia-sia penat!

Oleh itu, jadikan perkara ini sebagai pengajaran dan pastikan anda memeriksa setiap bahan-bahan yang digunakan untuk mengelakkan tersalah guna. Nanti tak pasal-pasal dapat kombinasi yang pelik-pelik. Buat malu diri sahaja!

Kredit: nadhirahzlee

Baca Juga: “Ingat Laki Je?”, Kafe Sebuah Kolej Kena ‘Conquer’ Dengan Perempuan, Gara-Gara Episod Akhir Drama 7 Hari Mencintaiku 3!

 

tags: | | | | |