Sebagai seorang kawan, kita perlu lah prihatin dan bantu satu sama lain. Jadi tentunya apabila seorang kawan berada dalam keadaan tersempit, kita mahu terus membantu dan mengembirakan mereka.
Tapi kadang-kadang bila niat pun tidak menghalalkan cara, boleh buat si kawan itu geram!
Seperti mana yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna, hafizareh menerusi sebuah video yang telah dimuat naik di laman TikTok.
Melihat seorang kawannya makan di ruangan garaj, dia menghampirinya untuk bertanya khabar.
Hairan bila melihatnya hanya makan nasi bersama kicap, kawannya memberitahu bahawa ini sahaja yang mampu dimakannya kerana sudah kehabisan wang, memandangkan sudah berada di hujung bulan.
Kasihan dengan nasib kawannya itu, dia yang berniat untuk membantu telah meletakkan seekor ikan merah mentah pada pinggannya.
“Takpe la, ni aku bagi lauk. Makan la!”, ajaknya sambil perlahan-lahan melarikan diri. Kawannya yang terkejut dengan pemberian itu terdiam, barangkali terkedu dengan pemberian itu.
https://www.tiktok.com/@hafizareh/video/7172149044792413466?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7135651056696165890
@hafizareh Hujung bulan nasi kicap #fyp #fypシ #foryou #justkonten ♬ bunyi asal – Apis
Meninjau di ruangan komen, orang ramai yang melihat gelagat sahabat itu turut hampir pecah perut. Ujar beberapa pengguna, pandai juga dia bergurau dengan kawannya semasa dia baru sahaja nak makan.
“Kawan tu pun tak tahu nak marah ke nak berterima kasih!”, komen seorang pengguna.
Kesian pada kawan tu, baru sahaja nak makan tapi dapat pula lauk begitu. Nak bagi tak salah pun tapi pastikan anda memasak dahulu lauk tersebut, potong angin kawan anda.
Kredit: hafizareh
Baca Juga: Baru Nak Nangis, Ibu Ini Terus ‘Tersembur’ Lepas Lihat Gelagat Anak-Anaknya Di Kedai Makan