Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Daging Apa Ni? Niat Nak Buat Daging Masak Merah Tak Menjadi, Ramai Non-Muslim Kata Itu Daging…

Daging Apa Ni? Niat Nak Buat Daging Masak Merah Tak Menjadi, Ramai Non-Muslim Kata Itu Daging…

Kategori:

Sejak akhir tahun lepas memang heboh berkenaan penyeludupan daging import dari negara sumber tidak sah, termasuk diragui status halal dan kualitinya, dipercayai ‘membeli’ beberapa kakitangan kerajaan. Susulan kejadian tu orang ramai berhati-hati dalam soal pembelian daging import.

Malah sebelum ini pernah heboh di laman facebook MATJHI apabila seorang wanita yang dikenali dengan nama Bella Chacha Lina yang memuat naik daging lembu yang telah direbus olehnya untuk dimasak daging masak merah.

Tetapi terbantut apabila dia melihat warna daging tersebut amat berbeza. Bukan seperti kebiasaanya kerana daging tersebut berwarna putih. Menurutnya juga, daging tersebut baru sahaja dibeli dan memohon pendapat warga group MATJHI tentang persoalannya itu.

Daging baru je beli semalam…

Hari ni niat hati nak masak daging masak merah…. Lepas je rebus daging potong2 daging lain mcm pulak tngk warna isi dia.isi putih… Daging baru je beli semalam…. Mmg ada ke daging lembu isi putih…. Minta Tolong bantu xthu nak buat apa….

Ekoran perkongsian itu ramai warganet yang mengatakan bahawa daging tersebut adalah daging babi. Malah ramai individu yang bukan beragama Islam dan pernah makan babi mendedahkan bahawa itu daging babi kerana warnanya yang putih.

Macam sebiji…

Kalau tengok dari isi daging tu macam B***…

Terharu tengok rakan netizen non muslim bantu…

Kalau betul itu daging babi, daging yang haram dimakan oleh umat Islam mohon pihak berwajib ambil tindakan. Dan buat anda semua diluar sana, mohon berhati-hati dalam setiap pembelian yang dilakukan ye.

Sumber: Bella Chacha Lina

tags: |