Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Ganggu Orang Meeting, Niat Wanita Ini Untuk Buat Birthday Surprise Kawan Kerja Terus Tak Jadi

Ganggu Orang Meeting, Niat Wanita Ini Untuk Buat Birthday Surprise Kawan Kerja Terus Tak Jadi

Kategori:
Buat Birthday Surprise Kawan Kerja

Masuk ke alam pekerjaan, suasana kerja yang positif memainkan peranan penting dalam membentuk pekerja yang produktif dan bersemangat. Salah satu cara termudah untuk menjaga suasana tempat kerja adalah hubungan yang baik dan erat di kalangan pekerja.

Oleh itu, kita perlu lah tahu bergaul dan menjaga hubungan di antara satu sama lain sewaktu bekerja. Bila sudah berkawan, kita juga perlu menghargai satu sama lain jadi apabila tarikh penting seperti tarikh lahir, apa salahnya kita mengadakan sebuah sambutan sebagai tanda peringatan?

Namun bila ingin melakukan sebuah sambutan sempena Hari Lahir di tempat kerja, kita perlu merancang dengan seeloknya supaya tidak mengganggu pihak lain.

Ganggu Orang Meeting, Niat Wanita Ini Untuk Buat Birthday Surprise Kawan Kerja Terus Tak Jadi

Terbaharu, seorang wanita kikazainuddin telah memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk berkongsi satu peristiwa memalukan yang telah berlaku di tempat kerjanya.

Memandangkan hari tersebut merupakan hari lahir salah seorang rakan sekerjanya, dia dan yang lain merancang untuk melakukan satu kejutan di tempat kerja mereka. Buat Birthday Surprise Kawan Kerja

Membeli sebiji kek dari Secret Recipe, mereka sibuk menghiasi kek tersebut dengan lilin mercun sambil kawannya sibuk berada di bilik lain.

Setelah siap segala persiapan, mereka membawa kek tersebut untuk mengejutkan kawan mereka yang tidak tahu mengenai perancangan itu. Jelas mereka teruja untuk melihat reaksinya.  Buat Birthday Surprise Kawan Kerja

Namun bila baru sahaja ingin melangkah dalam bilik kawan mereka, perancangan sambutan mereka terus tidak menjadi apabila dihalang oleh kawan mereka yang kelihatan sibuk, barangkali sedang mengadakan satu pertemuan di alam maya. Buat Birthday Surprise Kawan Kerja

https://www.tiktok.com/@kikazainuddin/video/7142419590583176474

@kikazainuddinwhen birthday surprise goes wrong 😂♬ Oh No – Kreepa

Meninjau di ruangan komen, orang ramai jelas terhibur melihat perkongsian video tersebut. Malah, ada yang ingin tahu apa yang berlaku seterusnya dan menggesa wanita itu berkongsi sambungan kisah tersebut.

Ramai Terhibur Dan Suspen, Ingin Tahu Kisah Seterusnya Buat Birthday Surprise Kawan Kerja

Aduh, nasib baik tak termasuk dalam meeting tersebut. Kalau tak memang tertangkap dengan orang lain buat kejutan semasa waktu kerja. Walau apapun, kita perlu lah lebih berhati-hati.

Nak buat kejutan sebagai tanda penghargaan itu tidak salah tapi ada waktu dan tempatnya juga.

Kredit: kikazainuddin

Baca Juga: Demi Penonton TikTok, Wanita Ini Sanggup Makan Udang Mentah Cicah Dengan Sos; Kata Rasa Manis & Sedap

tags: | |