Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Sebab Dah Malu, Bawa Mak Makan Di Luar Sahaja..” Niat Wanita Ini Untuk Kagumkan Mertua Gagal Gara-Gara..

“Sebab Dah Malu, Bawa Mak Makan Di Luar Sahaja..” Niat Wanita Ini Untuk Kagumkan Mertua Gagal Gara-Gara..

Kategori:
MERTUA

Bila sudah berumah tangga, sudah menjadi tanggungjawab seorang isteri untuk menjaga makan minum suami dan keluarga. Walaupun penat, perkara itu merupakan satu amalan yang baik. Malah, si isteri juga perlu menjaga hubungan dengan keluarga si suami juga, terutamanya ibu mereka.

Seringkali, kita dikejutkan dengan pelbagai kisah pahit seseorang dengan keluarga mentua masing-masing di media sosial. Namun, jika hubungan itu dijaga dengan elok dan kedua-dua pihak mencuba sebaik mungkin untuk menjaga hati, pasti ikatan kekeluargaan akan kekal dalam keadaan yang baik.

Cuba Masak Untuk Mentua Tapi..

Seperti yang dicuba wanita ini, Alin Khairudin, dia berniat untuk mengagumkan mak mertuanya dengan cuba sebaik mungkin untuk menyediakan laksa. Walaupun ini kali pertama dia cuba, dia berharap bahawa laksa itu terus menjadi supaya keluarganya berasa kagum dengan kebolehannya.

Namun, apa yang terjadi lain pula. Bila menjenguk ke dalam periuk, wanita itu berasa terkejut apabila rupa laksa dan kuahnya. Malu kerana masakannya tidak berhasil, dia memilih untuk membawa mertua makan di luar.

Masak laksa tak jadi hari ni. Baru je niat nak kagumkan mertua 1st buat ja terus menjadi. Sekali jenguk periuk eh kenapa laksa ni bentuk macam nasi . Sebab da malu, bawa mak makan luar ja lah … Tapi kuah dia sedap walaupun pucat.

MERTUA MERTUA

Nampak Okey Sahaja..

Menjengah di ruangan komen, walaupun rupanya kurang menyelerakan, warganet tetap memujuk wanita itu. Asalkan rasanya enak, pasti mertua akan suka. MERTUA

Demi mengambil hati mertua, apa sahaja sanggup dilakukan. Malah, walaupun wanita ini tidak pernah menyediakan laksa, dia gigih mencuba demi mertuanya.

Kredit: Alin Khairuddin via Masak Apa Tak Jadi Hari Ni

Baca Juga: “Kalau Dia Minta Maaf Pun Sejuk Dah Tadi..” 1 Jam Menunggu Makanan, Pelanggan Ini Kecewa Dengan Sikap Peniaga

tags: |