Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Nikmati Sup Ayam Baba’s Yang Beraroma Ini, Hirup Sup Panas-Panas Wah Nikmatnya!

Nikmati Sup Ayam Baba’s Yang Beraroma Ini, Hirup Sup Panas-Panas Wah Nikmatnya!

Kategori: ,,
Sup Ayam Baba’s

Ini dia resepi sup ayam baba’s yang dikongsi oleh seorang wanita di laman facebook miliknya. Menurut wanita yang membahasakan dirinya cikgu ini, dikala mood ‘swing’ pasti dia suka menikmati sup.

Hirup sup yang masih panas perlahan-lahan. Pejam mata dan nikmati rasa rempahnya yang berherba dan wangi. Terus segar serta merta.

Dan kalau anda nak tahu, sup ini banyak tahap rasanya. Rasa ringan, sederhana dan berempah. Masaklah mengikut keinginan yang anda suka.

Resipi Sup Ayam Baba’s

Bahan-bahan:

  • Satu jag kecil air
  • Ayam
  • 1 inci hali | diketuk
  • 1 kiub pati ayam knor
  • Sedikit garam
  • Rempah sup babas

Bahan tumis:

  • 3 sekawan
  • Dua ulas bawang putih
  • 1 biji bawang merah
  • 1/4 biji bawang holland
  • 1 sudu besar (tak penuh) rempah sup Baba’s
  • Secubit serbuk lada hitam
  • Secubit serbuk lada sulah

Cara penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan tumis tadi.
  2. Kemudian tambahkan satu jug kecil air. Masukkan ayam. Ketuk seinci halia.
  3. Reneh dalam api perlahan sehingga ayam betula-betul masak. Masukkan juga satu kiub pati ayam Knorr.
  4. Selepas itu perasakan dengan garam. Tutup api selepas semua rasa sebati.
  5. Siap untuk dihidangkan

*Gaya cikgu tak suka hirup sup yang penuh dengan alat-alat kat dalam periuk. Cikgu nak ambil rasa dan baunya sahaja. Jadi cikgu tapis dulu sup tersebut sebelum dihidangkan. Jadilah kuah sup yang kosong tetapi penuh beraroma.

Cara hidangan:

  • Sendukkan sup ke dalam mangkuk.
  • Perah asam limau nipis
  • Taburkan daun bawang, daun sup dan hirisan cili padi dan bawang goreng.(untuk menaikkan lagi aroma sup, bawang goreng dibuat sendiri)

Hidangkan Pula Bersama Ikan Kering Garing Pasti Membangkitkan Selera

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Afy AL Habibi

tags: