Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

“Kalau Tiada Duit Jangan Malu, Makanlah Sampai Kenyang” – Nota Dinding Restoran Ini Raih Pujian Ramai

Cik Daun by Cik Daun
November 20, 2023
in Masak Apa Hari Ini?
2 min read
0 0
0
“Kalau Tiada Duit Jangan Malu, Makanlah Sampai Kenyang” – Nota Dinding Restoran Ini Raih Pujian Ramai
0
SHARES
265
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam hidup yang serba kekurangan ini, berbuat baik sesama kita adalah satu keperluan bagi menjalani hidup yang terkadang tidak jelas ini.

BacaJuga

Nasi Lemak

“Baru Nak Support Sesama Melayu..”, Pelanggan Ini Kecewa Beli Nasi Lemak Tapi Dapat Nasi Impit, Sambal Pun Rasa Masam

Disember 4, 2023
35
The Exchange TRX

Pembukaan THE Exchange TRX Jadi Tumpuan Ramai, Ini Senarai Restoran & Kafe Menarik Di Sana

Disember 4, 2023
152

Seperti satu kisah yang dikongsikan oleh Sinar Harian, sepasang suami isteri telah menolong orang ramai yang kurang berkemampuan dan kelaparan.

Pernah menjalani kehidupan susah suatu ketika dahulu, ia mendorong mereka menawarkan makanan secara percuma kepada golongan memerlukan termasuk pelajar di daerah ini.

Pernah Susah Dahulu Mendorong Peniaga Menolong Orang Kurang Berkemampuan

Pengalaman tersebut membuatkan pemilik restoran D’Tok Ngulu, Arlimin Che Ayob, 41, dan isterinya, Nor Solihah Nasir, 36, bermurah hati untuk menghalalkan setiap hidangan yang dimakan pelanggan di restorannya sekiranya mereka tidak mempunyai wang.

Bagi membuktikan usaha itu, dua pemberitahuan diletakkan dalam restoran milik mereka yang berbunyi “Kepada yang betul-betul tak ada duit nak makan dan minum, jangan malu jangan segan. Makan la sampai kenyang. Bagitau saya atau staff-staff saya. Kalau segan atau malu nak bagitahu, buat senyap-senyap je.”

Inisiatif dilaksanakan sejak lima tahun lalu, kini tular di media sosial dan warganet memuji tindakan pemilik restoran terbabit yang disifatkan berniaga bukan sekadar mendapatkan keuntungan semata-mata, sebaliknya mencari saham akhirat.

Arlimin berkata, niat untuk memastikan tiada golongan memerlukan lapar membuat dirinya bersama isteri membuka sebuah restoran sebagai salah satu amal jariah mereka.

“Kita pun ada pengalaman dalam benda ini (tidak cukup duit untuk makan).

“Jadi, (disebabkan itu) saya buat konsep seperti ini (makan tanpa perlu bayar), ada yang malu hendak bagi tahu, tapi mereka lapar dan kita faham (situasi mereka).

“Saya juga tiada konsep bayar seikhlas hati, tapi di restoran saya ini, kalau makan tiada duit tidak payah bayar, contohnya dalam beg ada wang (sekadar) cukup makan, (mereka) tidak perlu keluarkan, makan sahaja, mungkin baki wang yang mereka ada itu boleh digunakan untuk benda lain,” katanya ketika ditemui di restoran miliknya di Indera Mahkota di sini pada Rabu.

Walaupun kaedah dikatakan tiada keuntungan, namun bapa kepada dua anak ini yakin amal jariah yang dilakukan dalam membantu golongan memerlukan mendapat balasan setimpal daripada ALLAH.

Katanya, restoran yang diuruskan sepenuhnya oleh isterinya masih bertahan sehingga kini, selain turut merasai nikmat daripada usaha dilakukan.

“Kita berpegang apa janji ALLAH dan alhamdulillah rezeki masih berlipat ganda walaupun kita beri makan secara percuma pada insan lain, namun masih ada individu yang (hadir) membantu apabila membuat bayaran lebih daripada jumlah hidangan mereka.

“Malahan, ada juga dalam kalangan mereka (pelanggan) mahu bersama untuk infaq sebahagian wang mereka untuk membantu kita meneruskan pemberian makanan secara percuma,” katanya yang memaklumkan isterinya adalah insan penguat semangat dirinya.

Ada Pelanggan Mahu Turut Infaq, Kongsi Kebaikan Bersama

Arlimin bercadang untuk membuka lebih banyak cawangan restoran dengan melaksanakan konsep yang sama pada masa akan datang.

Sementara itu, Nor Solihah berkata, usaha yang baik dilakukan oleh suami akan disokong dan dilaksanakan dengan sebaiknya.

“Saya faham kerana pernah ada pengalaman susah ketika belajar, kita hargai sumbangan orang kepada kita.

“Jadi, tidak rugi apabila suami buat keputusan untuk jalankan perniagaan dengan konsep begini.

“Saya rasa benda ini (beri makan percuma) sebagai amal saya, untuk akhirat saya,” katanya.

Terima kasih untuk nota dinding restoran yang menyebarkan kebaikan dan kedamaian itu. Tuhan memberkati.

Sumber: Sinar Harian

Baca juga: Ramai Kecam Tindakan Berhentikan Pekerja Lelaki Rantai Salib Jika Itu Puncanya, Tak Patut Ada Diskriminasi Dalam Pekerjaan

0/5 (0 Reviews)
Download Best WordPress Themes Free Download
Download Best WordPress Themes Free Download
Premium WordPress Themes Download
Download Nulled WordPress Themes
udemy course download free
download intex firmware
ShareTweetSend

Related Posts

resepi sotong masak hitam siti sarah
Masak Apa Hari Ini?

Resepi Sotong Masak Hitam Arwah Siti Sarah Yang Mudah & Menggiurkan, Sekali Rasa Pasti Jatuh Cinta!

Disember 4, 2023
238
Wanita Ini Kongsi Resipi Nasi Goreng Bunga Kantan Cili Tumbuk, Hidangan Lejen Yang Menggamit Memori
Masak Apa Hari Ini?

Wanita Ini Kongsi Resipi Nasi Goreng Bunga Kantan Cili Tumbuk, Hidangan Lejen Yang Menggamit Memori

Disember 4, 2023
38
Ikan Kembung Masak Lemak Cili Api
Masak Apa Hari Ini?

“Goreng Ikan, Buat Cara Ni..”, Resipi Viral Ikan Kembung Masak Lemak Cili Api, Makan Dengan Nasi Putih Pun Bertambah!

Disember 3, 2023
1.6k
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist