Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Nugget Sosej Berkeju

Nugget Sosej Berkeju

Kategori:
nugget sosej berkeju

Resepi kali ni adalah nugget sosej berkeju. Jika anda mengikuti media sosial, resepi ini sangat trending buat masa sekarang. Agar sukar untuk didapati kerana tidak ramai yang menjualnya. Jadi kami kongsikan untuk anda resepi nugget sosej berkeju ini.

Bahan-bahan

  • 200g Tepung Gandum
  • Gula (2 sudu besar)
  • Serbuk Penaik (2 sudu kecil)
  • Garam (1/2 sudu kecil)
  • Telur (1 biji)
  • Susu Segar (3/4 cawan)
  • Sosej
  • Keju Cheddar
  • Serbuk Roti

Cara-cara:

  1. Campurkan tepung gandum dengan gula, serbuk penaik, dan garam.
  2. Masukkan telur dan kacau.
  3. Seterusnya, masukkan susu segar dan kacau sebati.
  4. Tuangkan adunan ke dalam cawan.
  5. Cucukkan sosej dengan pencucuk sate.
  6. Balutkan sosej dengan keju cheddar.
  7. Celupkan  sosej+keju ke dalam adunan.
  8. Salutkan dengan serbuk roti.
  9. Sejukkan di dalam peti sejuk selama 20-30 minit
  10. Setelah itu, goreng dalam minyak yag panas.
  11. Sosej boleh dimakan dengan sos cili dan mayonis.

Lihat video di bawah

 

tags: | |