Setiap peniaga impikan perniagaan yang sedang diusahakan mendapat kejayaan dan dikenali ramai. Namun bermula dari bawah tidak semudah yang disangka. Terdapat pelbagai cabaran dan rintangan yang perlu dihadapi.
Dicaci dan ditolak itu menjadi perkara yang biasa bagi semua pengusaha. Malah ramai usahawan yang berjaya mempunyai kisah sedih mereka juga dalam mencari kejayaan.
Walaupun begitu, para peniaga perlulah sentiasa kental dan kuat menghadapi dugaan tersebut seperti pemuda ini. Jom baca perkongsian ini untuk ketahui cabaran yang dihadapinya.
Memulakan perniagaan dengan menjual Bahulu Nutella secara kecil-kecilan, danialmisban94 mengambil masa yang terluang di malam hari dengan membuka kiosk di tempat awam untuk cuba mempromosikan produknya.
Dengan begitu ramai orang awam yang lalu lalang di kawasan tersebut, dia cuba mengajak orang ramai untuk membeli produknya dengan menyediakan sampel percuma untuk dicuba.
Menawarkan bahulu nutella secara percuma, dia menyapa mereka yang lalu di hadapan gerainya untuk mencuba jualannya. Namun dari video yang disediakan, rata-rata orang ramai menolak tawarannya.
Mungkin terdetik perasaan kecewa dalam hati kecilnya kerana sering ditolak, lelaki itu bagaimanapun memilih untuk gigih dan tetap berusaha walaupun diuji dengan pelbagai cabaran. Kecekalannya menjadi satu inspirasi buat orang ramai dan peniaga lain di luar sana.
@danialmisban94 Den tak kan give UP!!! #fyp
@danialmisban94 Den tak kan give UP!!! #fyp ♬ suara asli – gabut woi
Di ruangan komen pula, orang ramai berasa terharu dan ada juga yang kagum dengan semangat pemuda itu. Sering ditolak, dia tetap memilih untuk meneruskan usahanya. Rata-rata meninggalkan kata-kata semangat dan doa.
“Saya doakan awak dimurahkan rezeki walaupun saya tak beli. InsyaAllah one day sakan beli kat awak, tapi for now, saya doakan rezeki awak melimpah luas.”; balas pengguna 4tienQ.
Manakala, ada juga yang tampil dengan menasihati lelaki itu untuk mengubah strategi ketika sedang meniaga. Setiap orang mempunyai cara yang berbeza.
Antaranya, selain dari menjual di gerai, pemuda itu juga boleh cuba menjual di TikTok dengan membuka TikTok shop atau secara LIVE. Menurut pengguna _shlilys; “Cuba try jual dekat TikTok mesti ramai yang beli.”
Tak semua mampu menghadapi penolakkan tapi pemuda itu tidak menjadikannya pematah semangat dalam usahanya untuk menjayakan perniagaan Bahulu Nutella miliknya.
Jom kita doakannya dan terus meninggalkan kata-kata positif kepadanya. Bagi anda yang berkemampuan, apa salahnya anda tampil untuk memberi semangat juga?
Kredit: danialmisban94
Baca Juga: Rugi Hampir 1 Ribu Ringgit Gara-Gara Silap Pekerja, Pengusaha Aiskrim Ini Kesal