Dalam memperoleh sesuap nasi, seseorang memerlukan pendapatan atau kerja untuk mendapatkan wang bagi memenuhi keperluan hidup untuk membeli makanan.
Di dalam dunia yang diibaratkan seperti roda ini, golongan minoriti seperti golongan Orang Kurang Upaya (OKU) sepatutnya diberi pujian tinggi kerana ramai diantara mereka pandai berdikari dalam bekerja demi kelangsungan hidup.
Seperti kisah seorang lelaki OKU bernama Aniq Fitri yang menjual air botol menggunakan motor, usaha dan keringatnya mencuri tumpuan dan mendapat pujian ramai.
Kisahnya OKU jual air botol itu dikongsi melalui sebuah video yang dimuat naik di laman TikTok (@trulynogori9).
Individu ini telah berjumpa dengan seorang pemuda OKU yang sedang berniaga air minuman botol berhadapan sebuah pasar raya di Senawang, Seremban, Negeri Sembilan.
Dengan hanya menggunakan motosikal, lelaki yang dikenali sebagai Aniq Fitri itu dilihat mengisi kesemua stok minuman pelbagai perisa di dalam sebuah beg.
Ketika ditanya tentang produk dan harga barangan tersebut, Aniq dengan penuh ceria dan bersemangat memberitahu bahawa minuman yang terdiri daripada perisa seperti durian belanda, strawberi dan epal itu dijual dengan harga RM7 sebotol.
Kegigihan yang ditunjukkan oleh Aniq telah menyentuh hati pengguna TikTok berkenaan dan berpendapat lelaki tersebut boleh dijadikan sebagai inspirasi buat masyarakat di luar sana.
Video berkenaan meraih sebanyak 404 ribu tanda suka dengan 13 ribu lebih komen netizen.
“Bagus Aniq ni, rajin berniaga. Mungkin kita boleh jadikan Aniq sebagai contoh yang baik untuk terus berusaha mencapai impian yang dimahukan,” kata salah seorang netizen tentang kisah OKU jual air botol tersebut
“Weh tadi baru beli. Sedap weh air ni serius tak tipu. Semoga Aniq diperluaskan rezeki, amin,” kata seorang lagi pengguna media sosial.
Semoga Aniq dan orang-orang yang baik serta gigih seperti Aniq terus dimurahkan rezeki sentiasa. Jalan terus!
Sumber: Trulynogori9
Baca juga: Khairul Aming & Pinn Yang Terima Pujian Bantu Jual Produk Lokal Di TikTok, Jualan Memang Laku Keras!