Daun sirih merupakan daun yang sering digunakan dalam upacara dan adat istiadat orang Melayu. Dikenali juga dengan nama saintifiknya iaitu Piper betle, daun ini didapati di kawasan Asia Tenggara dan Asia Selatan. Selain dari adat Melayu, ianya juga diamalkan dalam budaya Indonesia dan India.
Orang dahulu selalu mengunyah daun sirih dengan bahan sampingan atau merebusnya dengan air untuk diminum. Mempunyai kandungan air yang tinggi, rendah lemak, dan tinggi dengan vitamin C, tiamin, niasin, riboflavin dan karoten, memang tak hairan kenapa daun ini sangat bagus untuk kesihatan.
(Daun sirih tumbuh menjalar)
Untuk pengetahuan anda, ada beberapa petua yang anda boleh amalkan dengan daun sirih. Nak tahu? Jom baca perkongsian oleh Noor Lela Abdul Samad di Facebook!
Vitamin B, C dan alkaloid yang ada dalam daun sirih dapat mengatasi keradangan yang menyebabkan terjadinya batuk. Anda cuma perlu rebuskan 5 helai daun sirih dalam 300 ml air selama 15 hingga 20 minit dan minum air rebusan daun sirih sekali sehari.
Serangan asma boleh menyebabkan nafas sesak dan kesukaran bernafas. Dengan memanfaatkan minuman air rebusan daun ini setiap hari secara teratur, inshaAllah, asma yang teruk dapat diatasi.
Daun sirih dapat meningkatkan rembesan pencernaan dan juga mampu menyingkirkan toksin dalam badan. Anda cuma perlu menumbuk daun sirih dengan pokok kunci. Perahkan airnya untuk diminum. Amalkan setiap hari.
Daun sirih boleh menjadi antiseptik untuk membunuh kulat, bakteria, parasit dan mikroorganisma yang menyebabkan keputihan. Air rebusan daun sireh dapat digunakan untuk membilas Miss V.
Nota: Walaupun air rebusan ini bagus, tapi tak sesuai untuk digunakan sebagai pencuci harian. Penggunaan yang berlebihan, dapat menghilangkan PH semula jadi dan membunuh bakteria baik yang berfungsi untuk menjaga keseimbangan dan kesihatan Miss V.
Hanya dengan menggunakan daun sirih, kita dapat menyediakan cecair pembersih tangan semula jadi.
(Air rebusan daun sirih)
Patut lah orang dulu selalu amalkan daun sirih. Sangat banyak kebaikannya! Nanti anda boleh amalkan petua-petua ini untuk menjaga kesihatan. Mudah dan jimat sahaja.
Semoga bermanfaat.
Kredit: Noor Lela Abdul Samad
Baca Juga: Jangan Buang! Daun Ini Bukan Rumput Biasa, Boleh Amalkan Untuk Rawat Pelbagai Masalah Kesihatan.