Mungkin ramai yang belum mengenali Azmi Zainal yang merupakan Ketua Pegawai Operasi (COO) Farm Fresh dan juga pengasas kepada produk jenama Farm Fresh. Pelbagai dugaan dan cabaran yang terpaksa ditempuh oleh beliau sehingga akhirnya berjaya dan kini susu Farm Fresh telah digemari hampir seluruh rakyat Malaysia.
Beberapa jam yang lepas, beliau telah memuatnaik satu posting berkaitan pelaburan oleh beliau dan rakan kongsinya di Australia sehingga telah menjadi ‘buah mulut’ dunia korporat di sana.
https://www.facebook.com/NuClenz/posts/3742982019071064
Menurut posting tersebut, pada mulanya teragak-agak untuk berkongsikan kisah pelaburan beliau dan rakan kongsinya. Namun kini pelaburan sudah menampakkan hasil dan tidak malu untuk berkongsikan kepada rakyat Malaysia.
Pada mulanya, mereka mahu membina kilang baru di Australia namun disebabkan ia akan mengambil masa yang lama dan pelbagai kriteria ketat dikenakan. Mereka membuat keputusan untuk membeli kilang yang sedia ada.
Mereka telah membeli sebuah kilang jem yang mempunyai keluasan 20 ekar untuk diperluas menjadi kilang susu. Apa yang membanggakan adalah, pengambilan kilang jem ini telah menjadi buah mulut dunia korporat di sana. Hal itu kerana kilang jem tersebut merupakan sebuah syarikat jem ternama di Australia iaitu “Henry Jones Pte Ltd” yang mengeluarkan jenama IXL.
Henry Jones Pte Ltd adalah kebanggaan rakyat Australia kerana ia adalah syarikat warisan yang berusia 123 tahun. Pembelian kilang jem ternama tersebut oleh Azmi Zainal dan rakan kongsi telah membuatkan rakyat Australia tertanya-tanya, siapakah pemilik baru Henry Jones.
Jem IXL sangat popular di sana dan telah dieksport ke Eropah, Timur Tengah, Cina, Hong Kong dan sebahagian Asean. Orang Australia telah memanggil mereka sebagai “The market distrupter”.
Kini jenama jem IXL telah berada di Malaysia dan ia merupakan milik rakyat Malaysia. Azmi Zainal berharap rakyat Malaysia akan menyokong dan membeli jem jenama IXL yang merupakan jenama milik Malaysia ini.
Sumber: Azmi Zainal