Terbaharu, tiga negeri termasuk Perlis telah diumumkan beralih ke Fasa 3 Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN). Negeri-negeri tersebut adalah Perlis, Sarawak dan Wilayah Persekutuan.
Berikutan sudah memasuki Fasa 3 PPN, ketiga-tiga negeri tersebut telah diberi beberapa kelonggaran dan antaranya sudah boleh makan di kedai makan. Di Twitter, kelihatan ramai pengguna Twitter yang tinggal di Perlis telah berkongsi gambar mereka makan di kedai.
Salam Malaysia.. Dine in dari Perlis Indera Kayangan ðŸ¤ðŸ˜‹ pic.twitter.com/afVsFdFjTY
— mastura ibrahim (@MasturaI) August 4, 2021
Salam dine-in dari Perlis
Salam dine-in dari Perlis. pic.twitter.com/MJY64eXXPk
— izzi berpkp (@IzzRaifHarz) August 4, 2021
Salam 'Dine in' dari negeri Perlis, guys.😂 pic.twitter.com/5j7pAcgC17
— Da'i Wan (Official) (@wandazrin) August 5, 2021
Ekoran itu, ia menarik perhatian warganet dan rata-rata warganet di negeri lain menzahirkan rasa cemburu kerana orang Perlis sudah boleh makan di Restoran. Sedangkan negeri lain yang masih berada di Fasa 2 PPN masih perlu makan dan duduk di rumah.
Jangan sampai aku ke sana
Malah ada juga warganet yang meluahkan rasa sudah rindu untuk makan di restoran seperti dahulu. Dalam masa yang sama ada juga yang menyatakan hasrat untuk ke sana. Walaupun begitu, ianya mungkin hanya gurauan semata-mata.
jahat gila orang perlis flex boleh dine in… ko jangan sampai aku pi sana secara haram tibahhh
— syarbie (@syormon) August 4, 2021
Semoga secepatnya negeri lain juga turut merasai nikmat-nikmat makan di kedai lagi. Semoga juga kes semakin turun dan Malaysia bebas daripada Covid-19 yang telah meragut ramai nyawa orang tersayang. Stay safe ya semua!