Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Wanita Terkejut, Order Ayam Goreng Guna Grabfood Tapi Yang Sampai Tuala Celup Tepung Rangup

Wanita Terkejut, Order Ayam Goreng Guna Grabfood Tapi Yang Sampai Tuala Celup Tepung Rangup

Kategori:
tuala goreng rangup

Seorang wanita di Filipina kecewa setelah menu ayam goreng yang dipesan dari sebuah restoran makanan segera rupanya mengandungi tuala goreng rangup. Wanita yang dikenali dengan nama Alique Perez, memuat naik kejadian tersebut di akaun facebooknya baru-baru ini.

Menurut Perez, dia memesan ayam goreng itu dari sebuah restoran makanan segera Jollibee di Taguig melalui perkhidmatan penghantaran makanan Grab. Apabila cuba memotong makanan berkenaan yang disangka ayam itu ia agak sukar.

Kemudian dia merobek lapisan tepung goreng yang menyaluti permukaan makanan itu namun alangkah terkejutnya apabila mendapati ia bukanlah isi ayam sebaliknya sehelai tuala pengelap berwarna biru yang disaluti dengan tepung dan digoreng.

Perbuatan yang menjijikkan

Tulis Perez di laman facebooknya bersama gambar dan video ” Perbuatan ini memang menjijikkan. Bagaimana anda boleh memasukkan tuala pengelap dalam adunan tepung dan menggorengnya seperti ayam”.

Menurut Perez lagi, sebelum ini dia sangka semua kejadian kotor yang dilihat di media sosial hanyalah lakonan semata-mata namun sekarang dia sedar yang ia sememangnya boleh betul-betul berlaku.

Perez juga tidak dapat membayangkan sekiranya minyak tuala goreng itu digunakan berulang kali untuk pesanan pelanggan. Pastinya ia akan mencemari hidangan mereka.

Manakala dalam satu kenyataan lain, Jollibee memberitahu bahawa kedai yang Perez memesan makanannya akan ditutup selama tiga hari sementara pihaknya menyiasat isu berkenaan.

Kejadian tersebut berlaku mungkin disebabkan oleh kecuaian pihak kakitangan kedai dan pastinya ia akan disiasat secara menyeluruh pematuhan prosedur bagi memastikan perkara sebegini tidak berualang lagi.

Sumber : Alique Perez

Baca juga : Resepi Ayam Goreng Ala KFC 3 Bahan Sahaja, Salut Dengan Tepung Protein Tinggi Lebih Sedap!

tags: |