Coconut shake menjadi kegemaraan ramai rakyat Malaysia. Mudah didapati di serata tempat, ianya merupakan minuman yang enak dinikmati ketika musim panas.
Memandangkan ramai peniaga yang menjual coconut shake, sudah pasti persaingan sangat sengit. Jadi, untuk menarik minat pelanggan, mereka berlumba-lumba dan berebut untuk menghasilkan coconut shake terbaik. Namun, ada juga beberapa peniaga yang tidak bertanggungjawab dan mengambil jalan mudah untuk mendapatkan keuntungan.
Seorang wanita, Hzimh Jlsri, memuat naik beberapa keping gambar dan berkongsi minuman coconut shake yang telah dibelinya baru-baru ini.
Menurutnya, dia memesan minuman tersebut secara atas talian namun berasa kecewa apabila ia tiba dalam rupa yang mengecewakan. Kelihatan seperti santan, wanita itu mendakwa bahawa peniaga telah menggunakan kelapa tua untuk menghasilkan minuman itu.
Walaupun kecewa, dia terpaksa menghabiskan minuman tersebut kerana tidak ingin membazir. Nasib baik ais dan susu yang digunakan mampu meningkatkan rasa.
oder online coconut shake.. sampai air santan. sabor je la.. dia blend kelapa tua.. nasib ada susu dngan ais. boleh laa telan daripada mmbazir..
Menjengah di ruangan komen, perkara itu turut mengecewakan warganet. Seharusnya, peniaga perlu lah meniaga seikhlas hati dan tidak mengambil jalan mudah untuk mendapatkan keuntungan.
Sebagai peniaga, bukan sahaja kekayaan yang perlu dikejar, malah amalan dan keberkatan perlu juga di cari. Nak meniaga ini tidak mudah tapi lakukan seikhlas hati. Jika pelanggan anda tidak berpuas hati, anda juga yang akan rugi.
Kredit: Hzimh Jlsri via MATJHN OFFICAL
Baca Juga: “Buat Muka Tak Bersalah..” Cemas Mengenai Banjir, Tanpa Sedar Anak Sudah Buat ‘Hal’ Di Bawah Meja