Semenjak kebelakangan ini, pelbagai majlis telah diadakan setelah begitu lama rakyat Malaysia terbatas gara-gara penularan wabak Covid-19.
Bagi tuan majlis, macam-macam persiapan yang perlu dilakukan, malah ketika majlis tersebut berlangsung, mereka juga akan kepenatan gara-gara perlu menguruskan tetamu yang datang. Adakalanya hingga tak sempat duduk dan makan!
Melihat keadaan tuan majlis yang penat-lelah menguruskan majlis, ada juga segelintir individu yang bersimpati.
Terbaharu, cendoleshomemade telah memuat naik sebuah video untuk berkongsi gelagat seorang tetamu di sebuah majlis.
Berada di sana untuk menghidangkan cendol buat tetamu yang datang, seorang pak cik memintanya untuk menyediakan dua mangkuk cendol.
“Mintak dua dulu. Bukan saya punya, nak bagi kat orang sana. Kesian orang jaga kat sana, kan? Kadang makan pun tak sempat so kita bagi dia cendol.”, jelas pak cik itu yang kelihatan mudah berbual.
Setelah diambil dua mangkuk cendol itu, dia turut memesan pada peniaga itu begini, “Nanti pak cik ambil lagi, pak cik pun nak rasa juga.”.
Melihat sifat pak cik itu yang bukan sahaja bercakap dengan penuh lemah lembut tapi turut mementingkan tuan majlis, peniaga itu berasa kagum dengannya.
@cendoleshomemade Dia dahulukan tuan rumah 🥹 #kateringcendol #kenduri #kahwin #majlis
@cendoleshomemade Dia dahulukan tuan rumah 🥹 #kateringcendol #kenduri #kahwin #majlis ♬ MELANCHOLY(治愈系) – 南辰
Menjengah di ruangan komen, gelagat pak cik itu dan caranya bertutur berjaya menawan hati orang ramai. Ada juga yang memujinya.
“Comel je cara pak cik ini bercakap, anak muda kena tengok ni adab orang lama-lama. Sedap je telinga mendengar.”, puji TheLastPrincess13.
Bagusnya tindakan pak cik ini. Bila lihat tuan rumah tengah penat, terus tolong ambilkan minuman walaupun tidak disuruh.
Bila menjadi seorang tetamu, jadilah yang baik. Semoga sikapnya menjadi contoh yang baik buat kita semua, tak mengira usia.
Kredit: cendoleshomemade
Baca Juga: Pertama Kali Cuba Minuman Herba Cina, Lelaki Ini Tak Sangka Pahit Dia Sama Seperti Kenangan Silam