Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Pak Mat, Pengusaha Warung Teh Tarik Madu Pulau Pisang Meninggal Dunia

Pak Mat, Pengusaha Warung Teh Tarik Madu Pulau Pisang Meninggal Dunia

Kategori: ,
Pak Mat

Pengusaha warung teh tarik madu dan sup kepala ikan Pulau Pisang yang terkenal di Kelantan, Nik Mohd Noor Mohamad, 60, atau dikenali dengan gelaran Pak Mat Teh Tarik Madu meninggal dunia pada Selasa.

Menurut Sinar Harian, menantunya, Mohd Khairi Mohamad berkata, bapa mentuanya itu menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 10.20 pagi semasa sedang berehat di dalam bilik.

Pak Mat Meninggal Jam 10,20 Pagi Pada Hari Selasa

“Sebelum itu, bapa ada mengadu sakit dada dan sesak nafas, kemudian meninggal dunia.

“Jenazah dikebumikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Islam Kedai Buluh di sini,” katanya.

Menurut Mohd Khairi, Pak Mat mempunyai lima orang anak.

Sumber: Sinar Harian

Baca juga: “Tak Boleh Caj RM18, Terlalu Mahal” – Restoran Uncle Roger Di MyTown Lebih Murah Berbanding Pavilion

tags: