Beras merupakan makanan utama atau pun makanan ruji masyarakat kita pada hari ini. Di Malaysia terdapat pelbagai jenis beras yang dikeluarkan, lebih 10 jenama beras yang ada di negara kita ini. Ada yang mahal, ada yang boleh didapatkan dengan harga yang berpatutan dan ada juga yang murah.
Terserah kepada diri masing-masing dan kemampuan masing-masing untuk dapatkan mana-mana beras. Tinggal pilih dan bayar sahaja. Antara beras yang mendapat sambutan ramai adalah beras jenama Faiza. Faiza merupakan syarikat bumiputera, malah kita semua digalakkan untuk membeli produk atau makanan dari syarikat bumiputera.
Berkenaan dengan beras Faiza ini, dua hari yang lepas ada seorang gadis yang dikenali dengan nama Soleha sempat berkongsi sebuah video berkenaan dengan dua orang lelaki yang berpakaian baju design beras tersebut. Berpakaian dengan design tersebut di sebuah majlis perkahwinan nyatanya membuatkan orang ramai teruja.
Menerusi video tersebut, jelas kelihatan design baju yang dipakai itu sebiji dengan design plastik beras Faiza. Baju tersebut juga ditulis dengan perkataan yang melucukan kelihatan sangat comel. Ditambah pula apabila melihat dua orang lelaki yang berpakaian dengan pakaian sedemikian rupa. Sekali pandang, ingatkan pakai plastik beras, rupanya tidak.
https://www.tiktok.com/@nursolehaaa__/video/7074529246978247963?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7052514222143800833
@nursolehaaa__ Beras cap rambutan can hired them to be ambassador😭😭 #foryou #fyp #foryoupage #beraskitabeli ♬ Jangan la rec strangers – Adan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga TikTok menyatakan ianya adalah satu situasi yang sangat comel. Lebih-lebih lagi adalah apabila melihat pakcik yang memakainya. Tidak kurang juga ada yang terhibur melihat video tersebut.
Dalam masa yang sama ada juga yang berseloroh pakcik yang memakai cermin mata seperti caprice. Tidak kurang juga ada yang berasa kasihan kerana menganggap mereka dibuli.
Cantik juga ya baju design beras Faiza ini. Kelihatan seperti pakai plastik beras namun sebenarnya tidak. Korang yang nak cuba berpakaian macam ni pun bolehlah. Baru nampak fun kan.
Kredit: nursolehaaa__