Bermula 1 Julai, kenaikan harga minyak di semua tempat bagi minyak botol sudah hampir mencecah RM50 bagi jisim 5KG sebotol. Minyak paket bersubsidi pula sudah dihadkan pembeliannya untuk orang-orang susah dan memerlukan.
Jadi, semua orang memang sedang mengamalkan gaya hidup yang berjimat cermat untuk pengurangan kos pembelian dan perbelanjaan pada zaman kenaikan harga mendadak ini. Sudah tidak apa-apa lagi jalan penyelesaian selain berbuat demikian.
Akibat isu ini, seorang gelagat lelaki di laman TikTok tentang cara penjimatannya menggunakan minyak masak menarik perhatian netizen dan orang ramai akan gelagatnya itu.
Ia dianggap lucu dan lawak apabila lelaki berkenaan menggunakan picagari untuk menggoreng minyak sebelum diletakkan dalam kuali. Melalui video yang dimuatnaiknya, terlihat minyak jenama Seri Murni digunakannya untuk menggoreng.
“1 Julai, 1 Julai… Kita pakai sukat, ha nampak ni. Nak goreng kena pakai sukat minyak.
“Bukan tuang minyak, tapi sukat minyak,” terangnya untuk keterangan konteks video bersama emoji.
Hantaran video TikTok itu setakat ini meraih 2.7 ribu tanda suka dan 133 komen netizen yang terhibur dengan gelagat berkenaan.
@mietorey1 1 julai geng 😅
@mietorey11 julai geng 😅♬ original sound – mietorey1
Melihat kepada ruangan komen, rata-rata netizen memberi komen berbaur jenaka. Selain itu, ada juga netizen lain yang memberi tips tentang cara menggoreng tanpa menggunakan minyak kepadanya.
Mengambil salah satu komen netizen, Shamcold Abdullah berkata, “nanti mai ambik workshop aku. Ada 3 drum lagi,” tulisnya seloroh tentang minyak masak dan minyak hitam itu.
Selain itu, netizen lain bernama Sharmy juga berkata, pada zaman sekarang, salah satu langkah yang boleh dibuat adalah makan makanan berasaskan air sahaja misalnya memasak sup bersama daging. Daging rebus yang dikunyah tu bolehlah diimajinasi sebagai ayam goreng.
“Kalau macam ni makan sup je tiap-tiap hari. Didih air, campak daging dan sayur. Masa kunyah tu ingatkan ayam goreng, telur goreng je,” terangnya sambil melawak.
Jadi, melalui kisah sukat minyak masak ini, selain menerima lawak ini sebulat-bulatnya, mungkin kita boleh berfikir bahawa ada orang yang betul-betul susah memang sedang berjimat sampai (seakan) tahap macam ni.
Semoga segalanya dipermudahkan untuk kita semua.
Sumber: mietorey1
Baca juga: “Tu Daging Burger Ke Atau…?”, Pelanggan Terkejut Lihat Saiz Daging Burger, Ini Reaksinya..