Semakin hari semakin banyak produk atau suplemen yang berada di pasaran. Pelbagai jenama dan pelbagai fungsi dengan pelbagai rate harga. Pihak yang menjual segala produk-produk ini pasti akan menjanjikan pelbagai keberkesanan sehinggakan ramai yang berminat dan mengamalkan produk ini.
Walaupun hal tersebut sudah berulang kali diberitahu oleh para doktor namun masih ramai lagi rakyat Malaysia yang berdegil dan percaya pada suplemen ini. Namun terbaharu Dr Rafidah Abdullah merupakan seorang doktor pakar buah pinggang tampil melarang orang ramai untuk mengambil sebarang produk.
Menerusi aplikasi TikTok, beliau menjelaskan sekiranya buah pinggang rosak ianya bermaksud badan manusia akan kurang jumlah kilang penapis. Apa-apa produk atau pun suplemen tambahan selain dari ubat mereka akan menambah beban kerja buah pinggang.
Hal tersebut memang nyatanya memudaratkan. Buah pinggang akan menjadi semakin cepat rosak dan sekiranya berada di tahap yang teruk, dialisis perlu dilakukan. Jadi beliau meminta orang ramai jangan menelan sebarang produk atau suplemen sesuka hati.
Tambah Dr Rafidah lagi, kandungan produk di pasaran atau suka dipanggil orang ramai sebagai produk sampah ini mungkin banyak potassium. Terutamanya dari tumbuh-tumbuhan. Ia boleh menyebabkan jantung berhenti dan membawa kematian.
@rafidah72 Kami pakar2 buah pinggang memang senantiasa mengingatkan pesakit2 kami supaya elakkan produk SAMPAH. #sayangibuahpinggang #elakproduksampah #nephrodoctor #pakarbuahpinggang
@rafidah72Kami pakar2 buah pinggang memang senantiasa mengingatkan pesakit2 kami supaya elakkan produk SAMPAH. ##sayangibuahpinggang ##elakproduksampah ##nephrodoctor ##pakarbuahpinggang♬ original sound – ˚₊‧ ୨ 𓆩 ♡ 𓆪 ୧ ‧₊˚
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga TikTok bersetuju dengan pendapat Dr Rafidah ini. Ada juga yang meminta pendapat doktor mengenai produk berasaskan herba yang dikeluarkan oleh Dr HKT.
Malah ada juga yang meninggalkan komen mengatakan doktor dah penat jawab jangan ambil semua jenis produk namun tetap ada juga yang bertanya. Bukan itu sahaja, ada juga yang sempat bertanya apakah betul cara merawat masalah buah pinggang atau batu karang dengan meminum jus lobak putih sahaja. Namun jawapan doktor pakar ini adalah tidak.
Dalam masa yang sama ada juga yang sempat berkongsi pengalaman masing-masing. Berkenaan dengan ibu bapa serta diri mereka sendiri.
Buat anda semua, tetaplah menjaga buah pinggang dan kesihatan anda. Sebab buah pinggang kita ini tiada ganti tau. Kalau dah kena, lebih-lebih lagi kalau tahap teruk memang tak boleh nak buat apa. Jadi sebelum terkena ada baiknya elakkan diri makan atau amalkan sebarang suplemen dan produk ya.
Kredit: TikTok Dr Rafidah Abdullah
Baca juga: Anda Menghadapi Masalah Buah Pinggang? Mungkin Anda Boleh Ikhtiar Amalkan Petua Ini