Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Selalu Bini Yang Beli..”, Pakcik Beli Ayam Letak Begitu Sahaja Dalam Troli Buat Warganet Risau

“Selalu Bini Yang Beli..”, Pakcik Beli Ayam Letak Begitu Sahaja Dalam Troli Buat Warganet Risau

Kategori:

Perasan tak jarang sekali golongan lelaki akan keluar membeli barangan dapur. Memang ada tapi tak ramai. Ada yang lebih selesa kalau si isteri, emak atau adik beradik perempuan sahaja membeli.

Mungkin bagi mereka, lebih senang begitu memandangkan perempuan ini lebih tahu banyak benda. Lagi satu, kalau tersalah beli ke apa tiada la kena marah sangat. Yang lelaki ini biasanya mereka lebih selesa memberi wang dan menunggu dalam kereta.

Walaubagaimanapun, ada juga lelaki yang sangat pandai membeli barangan keperluan ini. Malah mereka lebih pandai berbanding wanita. Malah setiap kali membeli barang dapur, dia sahaja yang keluar. Sepatutnya lelaki yang begini, harus dipuji.

Namun begitu, tetap juga ada lelaki yang terbuka hati ingin membeli dan belajar semua benda. Dari awal sampai akhir. Kalau ada salah sikit tu maafkanlah ya. Biasalah baru nak belajar.

Pakcik ini beli ayam letak dalam troli tanpa plastik

Berkenaan dengan keluar membeli barangan dapur oleh lelaki atau suami ini. Terbaharu ada sebuah video yang dikongsikan oleh ijatlukman di aplikasi TikTok berkenaan dengan seorang pakcik yang membawa ayam dalam troli begitu sahaja.

Ayam tersebut kelihatan tidak dimasukkan ke dalam plastik dan diletakkan tanpa alas di tengah-tengah troli yang dibawa.

Tiada barangan lain yang kelihatan, pakcik tersebut pada ketika itu sedang berada di tepi bahagian ikan. Mungkin sedang memerhati ikan mana yang ingin dibeli.

Ekoran video tersebut, ada yang menganggap mungkin itu kali pertama pakcik berkenaan membeli ayam di Mydin. Memandangkan kebiasaannya isteri yang belikan, namun hari ini sebaliknya.

@ijatlukman 😂#susahfyp #fypシ ♬ bunyi asal – Mhd Aizzat – AizzatFromYT

Pakcik tu bawa ayam jalan-jalan pusing Mydin kot..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok. Namun rata-ratanya terhibur dengan apa yang dilakukan oleh pakcik ini. Ada yang berseloroh, pakcik berkenaan bawa ayam jalan-jalan pusing Mydin dan selalunya bini yang beli.

Nasib baik dia tak bagi bantal dan selimut..

Dalam masa yang sama ada juga yang menganggap ianya adalah satu situasi yang comel dan ada juga yang menulis, nasib baik dia tak bagi bantal dan selimut.

 

Mungkin benar apa yang dikomen warganet, biasanya isteri pakcik berkenaan yang selalu beli ayam. Namun kali ini pakcik tersebut terpaksa membelinya sendiri. Walau apa pun, kita tidak tahu apakah penyebab sebenar atau kejadian sebenar yang berlaku.

Cuma pesanan buat semua di luar sana, sekiranya korang ada jumpa pakcik atau makcik yang buat macam ni, jangan marah dia tau. Ajarkan dia dan tunjukkan dia bagaimana caranya.

Biasalah apabila dah berusia, banyak benda moden yang mereka tak biasa hadap. Bukan kata orang berusia, orang muda pun kadang kala banyak tak tahu.

Sumber: ijatlukman

tags: |