Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Sebak Lihat Pakcik Berbasikal Jual Ikan Tepi Jalan, Lelaki Ini Bantu Borong Semua

Sebak Lihat Pakcik Berbasikal Jual Ikan Tepi Jalan, Lelaki Ini Bantu Borong Semua

Kategori: ,
jual ikan tepi jalan

Dalam mencari rezeki, pelbagai halangan yang patut dihadapi oleh oleh seseorang demi sesuap nasi.

Seperti kisah yang mendapat perhatian ramai tentang seorang pakcik yang dikongsikan oleh seorang lelaki dengan nama Muhammad Faiz @muhammadfaizhashim, dia bercerita tentang kegigihan seorang pakcik yang terus menerus mencari rezeki halal.

Tidak seperti peniaga lain yang mempunyai tapak, pakcik itu hanya menjual produknya di tepi jalan sekitar selekoh beralaskan dua helai kain sahaja.

Menurut Faiz, dia telah terserempak dengan pakcik itu semasa dia sedang memandu di kawasan taman perumahan tersebut.

“Cuaca mendung nak hujan, saya patah balik untuk berhenti tengok apa yang dia niagakan. Pakcik ni berbasikal menjual ikan, orang susah,” kata Faiz yang berkongsi tentang kisah pakcik jual ikan tepi jalan tersebut.

Lelaki Minta Peniaga Pulang Ke Rumah Lepas Borong Semua Ikan Dijual

Tidak sampai hati melihat ikan-ikan yang tidak terjual, Faiz telah menghulurkan sumbangan dengan membeli kesemua produk pakcik tersebut.

Dia kemudian meminta peniaga itu untuk terus pulang ke rumah memandangkan hujan akan turun tidak lama lagi.

“Saya cukup faham perasaan orang susah kerana saya dulu pun pernah susah. Tak jatuh miskin kalau kita bersedekah. Moga Allah SWT permudahkan segala urusan hidup pakcik ini,” ujar Faiz lagi di ruangan kapsyen.

Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat Pakcik Berniaga Tepi Jalan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berterima kasih kepada Faiz kerana sudi membantu pakcik yang berada dalam kesusahan itu.

“Terima kasih orang baik. Sekurang-kurangnya lepas buat makan untuk sehari tu. Bagaimana nasib aku nanti bila dah berumur macam ni,” ujar seorang warganet.

Malah ramai juga meluahkan rasa sebak melihat nasib pakcik yang terpaksa berniaga di tepi jalan pada usia sebegitu.

“Sedih, tak dapat bayangkan kalau abah aku ibarat pakcik ini (berniaga tepi jalan) demi mencari rezeki,” luah seorang pengguna TikTok.

Sementara itu, segelintir individu turut meminta orang ramai untuk membantu mempermudahkan urusan pakcik itu jika berpeluang.

“Sesiapa yang ada rezeki lebih hadiahkanlah dia payung yang memudahkan dia bertapak dan juga tempat paling selamat. Saya hanya mampu berdoa dari jauh. Sebaknya hati. Kayakanlah aku semoga dapat membantu lebih ramai orang,” kata seorang wanita.

Sumber: The Rakyat Post

Baca juga: Penumpang Malaysia & Singapura Harap Setiap Gerabak Tren ‘Wajibkan’ Letak Pewangi Softlan 

tags: |