Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Sebak Dan Terharu! Siapa Sangka Beras Dan Maggi Bukanlah Yang Paling Di Perlukan Oleh Pakcik Ini Tetapi..

Sebak Dan Terharu! Siapa Sangka Beras Dan Maggi Bukanlah Yang Paling Di Perlukan Oleh Pakcik Ini Tetapi..

Kategori:
pakcik tidak perlukan maggi dan beras

Kini hampir dua tahun selepas penemuan COVID-19 yang menghebohkan seluruh dunia, semenjak itu juga rakyat Malaysia dan seluruh dunia bertungkus lumus meneruskan kehidupan kerana ada sesetengah daripada mereka terpaksa diberhentikan kerja. Terpaksa melakukan apa sahaja demi meneruskan kelangsungan hidup, demi mencari wang untuk membayar segala keperluan harian.

Perit. Susah. Itulah perasaan yang boleh digambarkan. Seperti kisah yang dikongsi oleh seorang penduduk dari kampung Mahmodiah Johor Bahru. Kisah yang membuatkan hati terasa sesak ini berkenaan dengan seorang Pakcik yang terpaksa menebalkan muka memohon bantuan kewangan sebanyak RM75 bagi membayar bil elektrik yang tertunggak daripada pihak Surau.

Tetap malangnya pihak AJK Surau tidak boleh membantu atas alasan SOP Surau tidak boleh bagi cash kerana sudah banyak kes penipuan yang berlaku. Dan pihak AJK Surau tadi menyarankan agak Pakcik ini memohon bantuan di Masjid lain.

Saya nak minta bantuan pihak Surau bantu saya bayarkan bil api saya dah tertunggak..
“TNB dah bagi warning akan potong letrik kalau tak bayar dalam masa 3 hari, saya mohon bantuan RM75 tuan”..pohon seorang pakcik dalam pakaian seragam putihnya…
“Ohh SOP Surau ni tak boleh bagi cash sebab dah banyak kes penipuan” jawap AJK dalam keadaan acuh tak acuh..
“Cuba Pakcik ke Masjid kat sana tu, mungkin mereka boleh bagi cash sebab kutipan mereka banyak”…sambung AJK
“Saya dah pergi Tuan, tapi mereka kata kena isi borang & tunggu kelulusan AJK katanya”
“Itu pun kena bagi banyak maklumat & kena tunggu seminggu baru dapat jawapan.Dan bukan semua diluluskan sebab mereka akan buat pemeriksaan dulu” keluh pakcik tu…
“Saya terpaksa datang kesini sebab dah putus usaha & bekalan tunai.
Minyak teksi saya pun dah kuning” rayu pakcik tu ..

Bukan beras yang diperlukan namun..

Permintaan Pakcik ini untuk memohon bantuan kewangan ditolak dan AJK Surau memberitahu sekiranya mahu bantu makanan ia boleh diberikan. Tetapi dengan beberapa syarat. Tetapi Pakcik ini menolak tawaran itu atas alasan beras dekat rumahnya masih ada lagi dan biar golongan asnaf sahaja yang ambil hak mereka.

“Pakcik boleh pergi ambik kat Kaunter Asnaf kat depan sana tu.Ambik yang dalam beg plastik oren Jakel tu tau”
Tapi syarat Pakcik memang tak mampu & ambik satu kampit aje tau…takut nanti terambik hak orang lain pula” syarah AJK dengan nada seorang penceramah…
“Takpa la Tuan, terima kasih, bekalan beras kat rumah saya masih ada lagi . Biar golongan Asnaf saja yang ambik hak mereka tu” jawap pakcik dengan perasaan kecewa sambil menuju kearah teksinya Proton Saga yang sudah uzur..

Siapa sangka beras dan maggi bukanlah pilihan Pakcik buat masa ini. Dia lebih memerlukan wang berjumlah RM75 untuk membayar bil elektrik agar pihak TNB tidak memotongnya. Dengan perasaan kecewa Pakcik ini menuju ke arah teksinya Proton Saga yang sudah uzur.

Bangkit seorang jemaah yang merupakan bekas pegawai tentera lalu menegur tindakan AJK Surau

Tetapi dalam keadaan sebegitu bangkit seorang jemaah yang merupakan bekas tentera lalu menegur tindakan AJK Surau tadi. Kemudian bekas tentera ini membentangkan sejadahnya dan membuat satu pengumuman dan berjaya mengumpulkan sejumlah wang bagi membantu Pakcik yang berada dalam kesusahan ini.

Sebelum sempat beliau berlalu, bangkit seorang jemaah bekas pegawai Tentera terus bersuara lantang menegur AJK Surau..
Tak habis-habis dengan SOP SOP…
SOP kau …Suruh Orang Pergi” syarahnya sambil menjeling kearah AJK tadi..
Kemudian beliau membentangkan sejadahnya serta membuat suatu pengumuman yang cukup berkesan …
Sebijik aku pernah dengar dari Guru ku Shaykh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki ketika membicarakan Kitab Sairus Salikin.
“Kalau telinga Tuan-Tuan dengar orang yang meminta sedekah secara terang-terangan “wajib” kita menghulurkan bantuan walaupun sepuluh sen sebab dia dah jual maruah diri nya”
“Kita kena bantu saudara kita ini supaya maruahnya dapat dikembalikan dengan cara terhormat bukan menolaknya dengan alasan yang remeh…
Selang beberapa saat kemudian menderu jemaah lain termasuk AJK yang masih tersentak dengan teguran Kolonel bersara tu meletakkan beberapa helai wang kertas termasuk beberapa keping wang RM50 keatas sejadah…
Aku hanya memandang dengan seribu penyesalan….
Tanpa mengira jumlah dikutip Kolonel & beberpa jemaah menyerahkan wang tersebut sambil memeluk erat pakcik yang tampak sangat terharu dengan rezeki yang tidak terduga…
Banyak pengajaran yang ku dapati dari insiden ini..
Lebih berkesan dari ceramah-ceramah Subuh sebelum era PKP…
– Bawa lah dompet duit bila ke Surau….
– Hanya suatu usaha yang kecil dapat memberikan kebaikan pada mereka yg memerlukannya.
– CASH is the King…bukan beras & maggi
– Bersangka baik pada yang meminta terutama pada mereka yang baru cuba untuk meminta kerana bukan mudah nak jual maruah diri untuk menagih simpati orang..
Salam dari Kampong Mahmodiah Johor Baru
Subuh 20 Disember 2020.

Hulurkan walaupun sedikit

Jadi apa yang boleh dikatakan di sini adalah jangan pernah memandang rendah dan bersangka baiklah kepada sesiapa sahaja yang meminta sedekah. Jangan pernah merendah-rendahkan mereka yang sudah menjual maruah diri untuk meminta sedekah. Mungkin mereka sudah hilang tempat dan tiada arah untuk meminta lagi. Hulurkan walaupun sedikit, hulurkan bantuan semampu kita. Mungkin bantuan ‘sedikit’ yang dihulurkan itu mampu membantu kita untuk masuk ke Syurga Allah.

Sumber: Viral Media Johor

Baca juga: “Takpelah Pakcik, Saya Halalkan..” Kisah Sedih Pak Cik Bawa RM1 Beli Gulai Lemak Telur Itik Undang Sebak Ramai Orang

tags: | |