Nah ini ada beberapa panduan untuk yang baru nak mula diet atau ada angan-angan nak diet. Anda bleh gantikan makanan seperti yang dibawah kepada yang lebih baik bagi membantu anda agar proses diet atau impian anda untuk diet menjadi. Selamat mencuba dan berdiet ye!
1.TUKARKAN AYAM GORENG KEPADA AYAM BAKAR/KUKUS/REBUS
Ayam goreng
Ayam goreng tinggi kalori, tinggi lemak jahat(transfat). Nutrisi lebih rendah dan sebilangan protein boleh bertukar kepada ‘acrolein’, sejenis carcinogen berbahaya.
Ayam bakar
Manakala ayam bakar/rebus/kukus kurang kalori, tiada transfat. Mengekalkan lebih banyak nutrisi dalam daging (thiamine, riboflavin).
2.TUKARKAN 3 IN 1 COFEE KEPADA INSTANT COFFEE/COFFEE POWDER
3 in 1 Coffee
Kandungan gula sangat tinggi dan bahaya dalam 3 in 1 coffee. Simptom sakit kepala apabila tak minum 3 in 1 adalah ketagihan gula (sugar witdrawal), bukannya kafein.
Instant coffee
Manakala instant coffee/coffee powder tiada gula, boleh ditambah dalam jumlah terkawal. Namun, pencinta kopi sejati akan mengekalkan rasa dan aromanya tanpa gula.
3.TUKARKAN MARJERIN KEPADA BUTTER
Merjerin
Sumber marjerin adalah dari tumbuhan. Kemudian diproses dan bertukar kepada lemak jahat iaitu transfat yang mana meningkatkan kolestrol jahat dan menurunkan kolestrol baik.
Butter
Manakala butter pula bersumberkan daripada haiwan dan mengandungi lemak tepu yang kurang meningkatkan kolestrol jahat dan tidak mempengaruhi kolestral baik.
4. TUKARKAN AIR BERKARBONAT/JUS BUAH KOMERSIAL KEPADA COKE ZERO/PEPSI BLACK
Air berkarbonat
Kandungan gula dalam air berkarbonat dan jus buah komersial adalah sangat-sangat tinggi.
Pepsi black/coke zero
Jadi lebih baik tukarkan kepada coke zero atau pepsi black kerana ianya tiada gula dan kalori. Mengandungi pemanis tiruan(aspartame/stevia). Lebih baik dari komersial yang lain, namun bersederhanalah dalam pengambilan. Jangan berlebihan mentang-mentanglah ianya tiada gula dan kalori.
5. TUKARKAN DAGING TERPROSES KEPADA DAGING SEGAR
Daging terproses
Daging terproses ini mengandungi pelbagai bahan awet dan sebatian kimia yang merbahaya jika diambil dalam jumlah yang banyak secara berterusan.
Daging segar
Manakala daging segar pula mengandungi lebih nutrisi dan bebas bahan merbahaya. Terdapat banyak resepi homemade seperti nugget,sosej dan daging burger yang dibuat daripada daging segar.
5. TUKARKAN PASTA KEPADA PASTA WHOLEMEAL
Pasta
Pasta ini diperbuat daripada tepung gandum yang diluntur dan diproses.
Pasta Wholemeal
Manakala pasta wholemeal ini lebih baik kerana diperbuat daripada tepung gandum tak terproses. Ianya lebih tinggi serat dan GI lebih rendah.
6. TUKARKAN JEM BUAH/SAPUAN COKLAT KEPADA PEANUT BUTTER
Jem buah
Kandungan gula dalam jem buah atau sapuan coklat adalah terlalu tinggi. Sapuan coklat juga mengandungi banyak lemak jaha (transfat).
Peanut butter
Jadi bagi pendiet lebih baik tukarkan kepada peanut butter kerana ianya kurang gula, lebih bernutrisi disebabkan khasiat dan vitamin dari kacang. Ianya juga mengandungi lemak yang baik. Jadi kan no/ low sugar dan no transfat sebagai pilihan.
7. TUKARKAN NASI PUTIH KEPADA BROWN RICE/PARKBOILED/BASMATI
Nasi putih
Tahukah anda bahawa nasi putih adalah daripada beras biasa yang diproses dan diluntur.
Brown rice
Brown rice pula adalah daripada beras baik dan berkualiti. lebih rendah GI, lebih antioksida dan serat.
8. TUKARKAN BIHUN KEPADA SUHUN/GLASS NOODLE
Bihun
Bihun pula diperbuat daripada tepung beras.
Suhun
Jadi lebih baik memilh suhun kerana ianya diperbuat daripada pati ubi kayu, kentang atau kacang hijau. Dan ianya lebih rendah GI.
9. TUKARKAN ROTI PUTIH KEPADA ROTI WHOLEMEAL/WHOLEGRAIN
Roti putih
Roti putih ini diperbuat daripada tepung gandum yang diluntur dan diproses.
Roti Wholemeal
Manakala roti wholemeal ini diperbuat daripasa tepung gandum tak terproses dan pelbagai bijirin lain. Serat lebih tinggi dan GI lebih rendah.
Jadi buat anda yang tengah berusaha atau mempunyai angan-angan untuk diet, boleh lah ikuti panduan di atas ini. Semoga sedikit sebanyak ianya dapat membantu merealisasika impian anda.
Semoga Bermanfaat!
Kredit: tipsdietsyahira