Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Tip Makanan & Dapur » Cara Buat Papan Pemotong Anda Kembali Bersih, Hanya Menggunakan 3 Bahan Ini. Memang Menjadi!

Cara Buat Papan Pemotong Anda Kembali Bersih, Hanya Menggunakan 3 Bahan Ini. Memang Menjadi!

Kategori:

Jom bersihkan papan pemotong anda yang kurang putih dengan bahan ini. Mungkin ada dalam kalangan kita yang selalu bertukar-tukar papan pemotong kerana kekotoran yang sukar untuk di tanggalkan. Kini anda sudah tidak perlu untuk membuang wang ringgit untuk membeli yang baru.

Papan pemotong yang kotor sebenarnya boleh di bersihkan dengan bahan-bahan tersebut :

  • Limau nipis
  • Baking soda
  • Cuka

Bahan tersebut amat senang untuk cari dan murah di beli dapat menjimatkan duit anda.

Cara bagaimana untuk menghilangkan kekotoran atas papan pemotong :

  1. Belah limau nipis menjadi 2
  2. Tabur 1 sudu baking soda ke atas papan pemotong
  3. Gosok papan dengan potongan limau tadi
  4. Biarkan selama 10 minit
  5. Tuang cuka ke atas papan pemotong
  6. Sental dengan berus dawai hingga bersih
  7. Basuh dengan air bersih

Siap ! Anda boleh cuba dan jangan lupa kongsikan dengan kami hasilnya.

tags: |