Menjadi satu isu merisaukan dalam kalangan penghantar makanan ataupun dikenali sebagai rider, fare yang dicaj semakin berkurangan kerana rider tumbuh bagai cendawan selepas hujan sekarang.
Ditambah pula dengan kos sara hidup yang tinggi, hal ini menjadi satu perkara yang membimbangkan.
Disebabkan itu, ada dalam kalangan rider ingin menjalankan mogok sebagai tanda protes kerana ingin menunjukkan solidariti atas masalah yang dihadapi sekarang.
Mereka menjadikan peristiwa rider mogok di Hong Kong, China sebagai satu tauladan dan contoh untuk menaikkan fare yang semakin rendah.
“5 haribulan ni kita mogok off satu hari untuk kebaikan kita bersama. Kita ambil contoh rider Panda dekat Hong Kong China, lebih kurang 10,000 mogok isu berkenaan fare kena potong.
“Dengan suara 10,000 orang ni juga berjaya naikkan fare dorang balik. Tarikh dorang buat 16 November tahun lepas,” kata seorang rider.
Dalam perkembangan sama, dia juga menyatakan bahawa banyak komen yang didapatinya menunjukkan unsur kecaman daripada yang menyokong.
“Komen yang saya akan dapat memang banyak kecaman dari yang nak sokong. Kecaman yang biasa saya dengar ‘kau nak mogok, mogok soranglah, dapur kami tak berasap, ada anak bini nak bagi makan’.
“Cukup dengan segala alasan tu, kita kalau sentiasa bagi alasan memang kita tak dapat satu hasil. Jadi kita bangun sama-sama,” luahnya menerusi satu hantaran di Facebook dalam kenyataan rider mahu mogok berkenaan.
Sementara itu, di laman TikTok juga, hal yang sama hangat dibincangkan oleh rider. Ada yang setuju dan ada yang tidak bersetuju. Ada juga yang memberi kenyataan bahawa mereka tidak mogok, tetapi memang mengambil cuti untuk esok.
“Dekat Kuantan pun ada yang nak mogok. Fare KL pun perit apatah fare Pantai Timur.”
“Ada jugak rider cakap, Penang 70 riders katanya nak mogok.”
“Tak mogok, tapi memang cuti bagi menghormati hari Jumaat dan solat Jumaat.”
“Baik pergi layan order, kalau dah semua mogok, order confirm berdesup masuk kan? Sebab takda orang yang nak menghantarnya.”
“Koyak sebenarnya tengok fare rendah sikit tapi nak buat macam mana huhuhu.”
Itulah sebahagian pendapat rider termasuk orang ramai daripada media sosial berkenaan isu mogok ini.
Semoga ada jalan penyelesaian yang terbaik buat semua pihak.
Sumber: Media
Baca juga: Kerana Tayang Gaji Hingga RM5 Ribu, Ramai Nak Jadi Rider, Wanita Ini Kongsi Realiti Sebenar..