Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Tolong JANGAN Makan Parrotfish Ini Bagi Melindungi Ekosistem Terumbu Karang

Tolong JANGAN Makan Parrotfish Ini Bagi Melindungi Ekosistem Terumbu Karang

Kategori: ,

Parrotfish atau dikenali juga dengan nama ikan bayan ini adalah sekumpulan ikan laut yang hidup di lautan tropika dan subtropika di seluruh dunia. Jumlah ikan ini paling banyak di kawasan Indo-Pasifik di mana terdapat di sekitar terumbu karang dan dasar laut. Ikan parrotfish ini memainkan peranan penting dalam ekosistem. Terdapat kira-kira 95 spesis ikan parrotfish yang hidup sekarang.

Ikan parrotfish ini juga boleh di makan. Banyak di jual di pasar-pasar basah. Mesti anda perasan kan? Atau anda salah seorang penggemar ikan ini. Jika ya, mohon berhenti makan ikan parrotfish ini. Lindungilah ikan bayan ini kerana ia merupakan spesis penting untuk melindungi ekosistem terumbu karang.

Ikan Parrotfish penting untuk ekosistem terumbu karang

Kenapa ikan ini penting kepada ekosistem terumbu karang? Ianya adalah kerana ikan ini akan makan lumut dan rumpai yang tumbuh di sekitar terumbu karang. Tanpa kehadiran ikan parrotfish ini, rumpai laut yang merimbun akan menyebabkan terumbu karang terlindung daripada cahaya matahari dan seterusnya menyebabkan kematian batu karang.

Dalam masa yang sama, sisa buangan ikan ini menjadi dalam bentuk pasir. Bahan ini memang sangat penting untuk pertumbuhan batu karang. Mengikut kajian dari Institut Oceanografi Universiti California, mereka mengesahkan bahawa semakin banyak spesis ikan pemakan alga seperti ikan bayan ini, semakin cepat karang tumbuh.

Tapak sulaiman juga punca kematian batu karang

Menurut seorang warganet yang dikenali dengan nama MD Wandy, menerusi komen dalam ruangan Public Health Malaysia, dia mengatakan selain kepupusan parrotfish yang mana akan menyebabkan ekosistem batu karang terjejas, tapak sulaiman juga merupakan pembunuh kepada batu karang.

Batu karang akan tiada pembunuh dan ekosistem terumbu karang ini tidak akan terjejas sekiranya  tangan manusia tidak menghapuskan ikan bayan ini. Hal tersebut kerana, ikan bayan ini akan makan tapak sulaiman tersebut. Anda boleh rujuk video di bawah ini, dimana mereka melakukan aktiviti pembasmian atau membunuh tapak sulaiman berduri.

https://www.facebook.com/dasuki.tasyuya/videos/3131543226876383/

Pesanan untuk semua insan yang bergelar manusia, jika anda mempunyai hati nurani lindungilah ikan bayan ini  bagi membantu ekosistem marin. Jangan jadi pembunuh secara senyap!

Sumber rujukan: Public Health Malaysia

Sumber video: MD Wandy

tags: |