Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Jadi Sahabat Baik, Pasangan Madu Ini Berniaga Jual Pizza Tradisional Bersama Raih Perhatian Ramai

Jadi Sahabat Baik, Pasangan Madu Ini Berniaga Jual Pizza Tradisional Bersama Raih Perhatian Ramai

Kategori: ,
pizza tradisional

Dalam kehidupan yang penuh dengan jalan berbeza, setiap dari kita mempunyai jalan hidup yang berlainan.

Seperti kisah dua orang wanita yang mengusahakan perniagaan pizza traadisional bersama sejak 2015

Jadi Sahabat Baik, Pasangan Madu Ini Berniaga Jual Pizza Tradisional Bersama Raih Perhatian Ramai

Menurut laporan Harian Metro, Nur Faizah Jaafar, 49, berkata dia bersama suami, Che Ku Arshad Che Ku Rani, 51, memperkenalkan piza berkenaan sejak 2015 dan pernah membuka perniagaan di Kuantan, Pahang.

Apa yang menarik perhatian adalah, madunya juga turut menjayakan perniagaan mereka itu. Idea kreatif wanita berkenaan bersama madunya mengusahakan piza secara tradisional menggunakan gok konkrit ‘relau’ kayu api dapat membangkitkan aroma unik yang memikat selera.

pizza tradisional

Menurutnya, ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mereka terpaksa menutup perniagaan.

“Bagaimanapun, kami membuat keputusan untuk membuka kembali perniagaan piza tradisional ini di sini (Besut) dengan suasana lebih santai di tepi sawah padi sejak empat tahun lalu.

“Saya turut dibantu madu, Sarinah Ismail, 51, serta dua anak kerana suami terikat dengan komitmen kerja,” katanya.

Difahamkan, kedainya terletak di Kampung Lubuk Kawah, Besut, Terengganu

Nur Faizah berkata, tugasnya adalah mengawal api ketika proses pembakaran piza, sementara madunya menguli doh mengikut citarasa serta pilihan pelanggan.

Proses membakar piza mengambil masa kira-kira 10 minit dengan menggunakan api sederhana.

“Bagi piza bersaiz biasa boleh dimasukkan tiga aduan serentak untuk dibakar, namun untuk piza saiz talam hanya sekeping sahaja kerana saiznya besar.

“Setiap hari kami akan menguli kira-kira dua kilogram doh piza yang baru untuk menjaga kualiti rasa dan isinya yang segar, tetapi apabila cuti sekolah ditambah kepada 10 kilogram.

“Terdapat enam perisa pizza tradisional  iaitu daging pepperoni, ayam pepperoni, tuna, daging salai, ayam istimewa serta makanan laut dan pelanggan boleh memilih mengikut citarasa mereka,” katanya lagi.

Menurut wanita itu, purata pendapatan mereka ialah kira-kira RM2,000 seminggu bergantung kepada musim. Sekiranya waktu cuti sekolah, permintaan daripada akan meningkat.

Sumber: Harian Metro / SAYS

tags: |