Kisah dan liku kehidupan kita sememangnya berbeza-beza. Oleh sebab itu, usaha menjadi kayu pengukur untuk kita meneruskan kehidupan. Dengan usaha, pasti ia akan membuahkan hasil yang lumayan kelak kerana Tuhan tidak akan mensia-siakan usaha hambanya.
Seperti kisah pasangan suami isteri yang baru membeli rumah dan berkongsi kisah kehidupannya yang bermula dari bawah, ia memberi inspirasi kepada yang melihatnya.
Video yang dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok, Supersyaf kian tular apabila ia menjadi bualan dan perbincangan ramai.
Menerusi video berkenaan, dia menunjukkan dia dan isterinya hanya makan beralaskan lantai rumah apabila mereka masih tiada wang untuk membeli perabot rumah selepas baru membeli rumah sendiri.
“POV: Bila ada duit cukup-cukup mampu beli rumah, tapi tiada duit untuk beli perabot. Beli rumah dulu, semoga rezeki lain untuk beli perabot akan menyusul,” katanya menerusi perkongsian berkenaaan.
Video berkenaan meraih tontonan sehingga 3 juta dengan 275 ribu tanda suka bersama pelbagai komen-komen yang membina.
@supersyaf house first furniture later will come slow2..aminnn🤲🏻 #couplemarried #marriedlife
@supersyaf house first furniture later will come slow2..aminnn🤲🏻 #couplemarried #marriedlife ♬ Healing Song – Piano Peace
Komen yang paling menjadi perhatian apabila ada netizen yang berkata, “Alhamdulillah, jangan risau. Ada yang rumahnya penuh perabot tapi tiada masa untuk makan bersama.”
Komen yang diberikan oleh netizen bernama Moha itu menyentuh hati ramai untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Yang penting, jangan lupa untuk usaha.
Selain itu, ada netizen yang turut juga memberi komen dan menyatakan bahawa ini semua proses kehidupan.
“Semua orang pun bermula macam ni. Ini lah yang mengajar kita jadi kuat dan uasaha lebih keras,” kata Faizmurad memberi komen tentang kisah pasangan suami isteri makan atas lantai.
Semoga kisah ini memberi inspirasi kepada semua untuk terus lebih berusaha kerana pada akhirnya, ia pasti akan membuahkan hasil.
Terima kasih kepada pasangan suami isteri ini kerana menunjukkan tentang bahagia yang sederhana.
Sumber: supersyaf
Baca juga: Terpukau dengan Senyuman Manis Peniaga, Pelanggan Pura-pura Tak Nampak Gulai Ikan Tongkol