Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Pasar Besar Siti Khadijah Terima Anugerah Sebagai Pasar Awam Terbersih, Tahniah Warga Kelantan!

Pasar Besar Siti Khadijah Terima Anugerah Sebagai Pasar Awam Terbersih, Tahniah Warga Kelantan!

Kategori:
pasar besar siti khadijah

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan Pasar Besar Siti Khadijah yang terletak di Kota Bharu, Kelantan? Menjadi tumpuan rakyat tempatan dan pelancong, pelbagai barangan boleh didapati di pasar tersebut. Bukan sahaja menjual pelbagai bahan-bahan dapur, malah anda boleh mendapatkan pakaian dan menikmati pelbagai jenis hidangan di pasar itu.

Jika sebelum ini ia dikenali sebagai Pasar Besar Buluh Kubu, namanya telah ditukar kepada Pasar Besar Siti Khadijah oleh bekas Menteri Kelantan, Allahyarham Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, sebagai tanda penghormatan pada para wanita, kerana pasar itu didominasi oleh peniaga wanita.

Bagunan pasar itu mempunyai empat tingkat di mana tingkat bawah dikhususkan untuk barangan basah seperti ikan, sayur-sayuran, ayam dan sebagainya. Manakala tingkat atas pula khas untuk makanan kering seperti serunding. Malah, pelbagai hidangan tradisional juga boleh didapati di pasar tersebut seperti kuih-muih, laksam, somtam dan lain-lain.

Tingkat dua dan tiga pula adalah untuk barangan bukan makanan seperti kain dan pakaian, jadi semestinya pelbagai jenis barangan boleh didapati di Pasar Besar Siti Khadijah.

pasar besar siti khadijah

Pasar Besar Siti Khadijah, Pasar Awam Terbersih

Baru-baru ini, Pasar Siti Khadijah dinobatkan sebagai johan bagi kategori Pasar Awam Terbersih, manakala program Kempen Pembasmian Denggi di Kampung Wakaf Stan pula naib  johan bagi kategori Kempen Membasmi Denggi sempena Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2021.

pasar besar siti khadijah

(Sebanyak 105 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh negara menyertai pertandingan dalam empat kategori sempena Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia Peringkat Kebangsaan 2021.)

Majlis Anugerah itu berlangsung di Dewan Kristal, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, di Putrajaya baru-baru ini. Ia dirasmikan Menterinya, Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican dan bersaksikan 105 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh negera yang menyertai pertandingan berkenaan dalam empat kategori yang dipertandingkan.

Hadir di majlis tersebut untuk menerima anugerah berkenaan iailah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), Tuan Zainal Abidin Tuan Yusuf. pasar besar siti khadijah

Tanggungjawab Semua Pihak, Anugerah Pembakar Semangat

Menurut beliau, pencapaian besar ini dapat dicapai atas sokongan semua pihak, daripada warga kerja MPKB-BRI, operator kebersihan, peniaga, warga Kota Bharu serta pelancong yang ke pasar itu.

Tambahnya, kebersihan pasar adalah tanggungjawab bersama dan kemenangan yang diraih merupakan pembakar semangat bagi semua pihak untuk terus menjaga kebersihan di Bandar Kota Bharu.

Kejayaan ini turut membuktikan kebersanan kempen Kelantanku Bersih yang dilaksanakan kerajaan negeri mula menampakkan hasil.

Tahniah, warga Kelantan atas kemenangan ini. Semoga kebersihan negeri itu dan seluruh Malaysia dapat terus dijaga supaya dapat menjaga imej negara kita. Ayuh kita jadikan Malaysia antara negara terbersih.

Kredit: harakahdaily

Baca Juga: Jom Sama-Sama Kunjungi Kelantan Exchange Pada 11 Hingga 13 November Ini, Pertunjukan Menarik Menanti Anda!

 

tags: