Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Pasar Malam Di KL Mungkin Lenyap Beroperasi Dalam 10 Tahun Akan Datang, Perkara Ini Jadi Kebimbangan Ramai

Pasar Malam Di KL Mungkin Lenyap Beroperasi Dalam 10 Tahun Akan Datang, Perkara Ini Jadi Kebimbangan Ramai

Kategori: ,
pasar malam di KL

Pasar Malam di Kuala Lumpur (KL) mungkin hilang dalam tempoh 10 tahun akan datang menurut Pertubuhan Pengurusan Pasar Malam Kuala Lumpur (PMKL).

Menurut The Malaysian Insight (TMI), Presiden PMKL, Gulam Muszaffar Gulam Mustakim mendedahkan perniagaan di pasar malam menurun sebanyak 50% dalam tempoh enam bulan lepas lagi.

PMKL menguruskan 85 pasar malam di seluruh KL.

Peniaga Bergelut Selepas Pandemik, Tidak Ramai Berkunjung Ke Pasar Malam Seperti Dulu

pasar malam di KL

Muszaffar berkongsi bahawa peniaga telah bergelut selepas pandemik, kerana semakin sedikit orang yang mengunjungi pasar malam dan lebih berjimat cermat dengan perbelanjaan mereka.

Selain itu, antara sebab lainnya adalah akses kepada perkhidmatan penghantaran makanan dan projek pembangunan yang telah memaksa pasar malam keluar dari lokasi yang terlah beroperasi selama bertahun-tahun.

Muszaffar menambah, sekurang-kurangnya 12 pasar malam telah ditutup sejak setahun lalu.

Dia memetik kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, serta kos sara hidup yang tinggi, sebagai faktor yang turut menjejaskan vendor.

Ada Projek Pembangunan, Gesa Kerajaan Benarkan Operasi Pasar Malam

pasar malam di KL

Beliau menggesa pihak berkuasa membenarkan pasar malam di KL terus beroperasi walaupun terdapat projek pembangunan berdekatan, sambil menekankan bahawa langkah drastik perlu diambil untuk memastikan pasar malam terus beroperasi.

“Jika pasar malam dipindaahkan ke kawasan baharu, sambutan orang ramai tidak akan sama. Selepas beberapa bulan, apabila peniaga melihat tiada perniagaan, mereka akan tutup,” katanya dipetik oleh The Vibes.

Muszaffar menggesa pihak berkuasa untuk menaik taraf dan mengekalkan tapak asal ini.

Sumber: The Malaysia Insight & The Vibes 

Baca juga: Kafe Konsep Kampung Di Cheras Pilihan Tepat Untuk Luang Masa Lapang, Sesuai Buat Kunjungan Keluarga

tags: