Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Diaorang Tak Check Ke Apa..” Pasar Raya Ini Masih Jual Aiskrim Expired, Ramai Cakap Pernah Terkena

“Diaorang Tak Check Ke Apa..” Pasar Raya Ini Masih Jual Aiskrim Expired, Ramai Cakap Pernah Terkena

Kategori:
pasar raya jual aiskrim expired

Bukan sahaja tempat makan yang banyak dan tumbuh seperti cendawan selepas hujan namun pasar raya juga semakin banyak. Tidak kira sama ada di kawasan bandar atau pun di kawasan pekan kecil pasti sudah ada tempat untuk membeli barangan dapur.

Bukan sahaja barangan dapur namun pelbagai lagi barangan rumah yang tersedia. Jika kita berada di kawasan bandar, pilih sahaja mana-mana pasar raya yang ingin dikunjungi. Tidak semua tempat kadangkala membuatkan kita berasa selesa.

Ada orang dia selesa membeli barangan di pasar raya kecil. ada orang dia suka membeli di Aeon Mall. Tidak kurang juga ada yang lebih selesa membeli barangan dapur di Mydin atau pun Lotus’s. Lain orang, lain pilihannya.

Namun suka diingatkan, setiap kali korang membeli barang pastikan korang semak terlebih dahulu tarikh luput sesuatu produk. Kerana ada segelintir pasar raya hari ini yang tidak bertanggungjawab menjual barangan yang sudah tamat tarikh luput atau pun sudah melebihi tarikh baik sebelum.

Gadis Ini Terkejut, Pasar Raya Masih Jual Aiskrim Walau Expired

Seperti mana yang dikongsikan oleh seorang gadis yang dikenali dengan nama nadelliee menerusi aplikasi TikTok berkenaan dengan aiskrim di pasar raya yang sudah melebihi tarikh ‘baik sebelum’.

Nad pada mulanya mengunjungi sebuah pasar raya (dirahsiakan namanya) dan telah pergi ke bahagian aiskrim. Dia kemudiannya mengambil satu daripada bekas aiskrim yang tersusun dalam peti ais dan melihat tarikh luputnya.

Kesemua aiskrim yang diambil dan dilihat oleh Nad, tarikh ‘baik sebelum’ sudah lama berlalu. Malah apa yang lebih mengejutkan lagi adalah ada aiskrim yang ‘baik sebelum’ bertarikh pada Januari 2022.

Sungguh tidak masuk akal memandangkan video tersebut diambil pada bulan Julai 2022. Bagi aiskrim yang tertera ‘baik sebelum’ pada bulan Jun mungkin masih boleh diterima namun yang bulan Januari mungkin boleh membahayakan kesihatan pelanggan.

Selama aku membeli aiskrim jarang tengok exp date..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Rupa-rupanya ramai juga pernah menghadapi atau melalui pengalaman yang hampir sama.

Ada juga yang menyatakan, sebelum ini kalau beli aiskrim dia jarang melihat tarikh luput. Selepas ini memang kena rajin untuk tengok.

Dear customer, apologise for the inconvenience..

Dalam masa yang sama, pasar raya tersebut telah tampil di ruangan komen dan memohon maaf. Mereka juga meminta gadis ini menyemak mesej yang dihantar untuk mengetahui lebih lanjut.

Apakah korang tahu apa maksud ‘baik sebelum’? ‘Baik sebelum’ ini menunjukkan sifat atau kualiti produk tertentu sehingga tarikh yang dinyatakan. Selepas tarikh yang dinyatakan pada bungkusan itu, produk tersebut sudah tidak boleh dijual kerana berkurangnya kualiti seperti kehilangan kesegaran, tekstur, aroma, rasa dan nutrisi asalnya.

Jadi memang tidak wajar jika mana-mana pasar raya tetap menjual aiskrim atau lain-lain barangan yang sudah melepasi tarikh baik sebelum. Nasihat kami, tolonglah berhati-hati dalam setiap barangan yang korang mahu beli.

Baca juga: “Balik Kerja Penat-Penat..” Suami Luah Perasaan, Kata Isteri Hanya Masak Ayam Masak Kicap Je Rupa-Rupanya

tags: | | |